168
Majlis Konvokesyen Program Sijil Keusahawanan Pertanian Bersepadu Sesi 2022/2023 Ke-27 Pusat Latihan Pertanian Bersepadu, Putatan
Majlis Konvokesyen Program Sijil Keusahawanan Pertanian Bersepadu Sesi 2022/2023 Ke-27 telah diadakan pada 22 Ogos 2023 (Selasa) di Dewan Serbaguna Wisma Pertanian Sabah. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pembantu Menteri I, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI), YB Tuan Hendrus Anding bagi mewakili Timbalan Ketua Menteri l/Menteri MAFFI Sabah. Majlis ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran Setiausaha Tetap Kementerian MAFFI, YBhg. Tuan Robert Stidi.