Home Aktiviti Semasa Festival Agrotech Taman Kekal Pengeluaran Makanan Sabah (TKPM) 2023

Festival Agrotech Taman Kekal Pengeluaran Makanan Sabah (TKPM) 2023

by Jabatan Pertanian Sabah

Festival Agrotech Taman Kekal Pengeluaran Makanan Sabah 2023

FESTIVAL AGROTECH TKPM (TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN) SABAH  2023  merupakan acara yang julung-julung kali diadakan dan akan menjadi acara tahunan Jabatan Pertanian Sabah. Pada penganjuran festival kali ini, TKPM Tawau dipilih sebagai lokasi festival kerana TKPM ini merupakan TKPM yang pertama diwujudkan di negeri Sabah dan merupakan kluster pengeluar sayur-sayuran tanah rendah terbesar di negeri Sabah. Festival  berlangsung selama 4 hari, bermula dari 19 hingga 22 Oktober 2023 dan telah dirasmikan oleh YB Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan bagi mewakili Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor. Tema festival pada kali ini adalah PEMERKASAAN AGROTEK PEMANGKIN KETERJAMINAN MAKANAN.  Sempena dengan penganjuran festival, satu lagi varieti baharu durian yang dibangunkan oleh Pusat Penyelidikan Pertanian (ARC) Quoin Hill Tawau telah dilancarkan yang membawa nama “Sabah Big Thorn”.  Sepanjang 4 hari penganjuran program ini, pelbagai acara menarik telah disusun oleh pihak penganjur seperti lawatan Agrotech ke Ladang Nanas MD2 di Sg Burong, Kursus Menjadi Tukang Cantum Tanaman Cemerlang di Stesen Pertanian Tawau, Kursus Penanaman buah Anggur dan Nanas serta Kursus Handmade Chocolate di ARC Quoin Hill, Tawau, Pertandingan Memasak Agrotech Champion From Farm To Table, jualan produk segar dan hiliran TKPM dan myGAP, serta pelbagai lagi acara hiburan menarik telah dianjurkan.

Facebook Fanpage Rasmi

Hubungi Kami

Jumlah Pelawat

689744

Kali Terakhir Dikemas Kini : 18/03/2024 3:12 PM


BORANG MAKLUM BALAS PENGGUNA

Maklumbalas Penilaian Laman Web

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Pertanian Sabah 2007 – 2024

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hak Cipta | Soalan Lazim

 

 

Paparan Terbaik: Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Google Chrome dan Mozilla Firefox 4.0 dengan resolusi 1280 x 768 dan ke atas. 

Jabatan Pertanian Sabah
// Put this code snippet inside script tag