Fungsi Jabatan

- Mendapatkan dan menyesuaikan teknologi, inovasi dan bahan-bahan pertanian.
- Membekalkan bahan-bahan tanaman utama.
- Menyebar dan memindah maklumat dan teknologi pertanian.
- Menyediakan latihan kerjaya dan pembangunan masyarakat dalam bidang pertanian.
- Mengendalikan program-program pembangunan pertanian dan masyarakat tani.
- Mengurus data dan maklumat pertanian.
- Menyediakan kemudahan untuk mempromosikan bahan atau produk bernilai tambah.
8. Menyediakan perkhidmatan kepakaran dalam bidang pertanian.
9. Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan-peraturan berkaitan dengan pertanian.
10. Menggalakkan pelancongan berasaskan pertanian (agro pelancongan).
11. Mendapat dan menyedia kemudahan bagi melaksanakan fungsi-fungsi Jabatan.