Seksyen Kajian & Pengurusan Sumber Tanah
Pengenalan
Matlamat
Perkhidmatan
Hubungi Kami
Pengenalan

Jabatan Pertanian telah diberi mandat sebagai pembekal utama atau kustodian data geospatial tanahtani dan gunatanah pertanian. Fungsi ini dikendalikan oleh Seksyen Kajian dan Pengurusan Sumber Tanah yang telah membangunkan data tanahtani dan gunatanah Negeri Sabah semenjak tahun 1950an.

 

Sebagai kustodian, tanggungjawab Jabatan Pertanian adalah memastikan akauntabiliti terhadap pengurusan dan penyelenggaraan data geospatial di sektor awam berintegriti  dan memastikan capaian yang berterusan kepada stakeholder.

 

Seksyen Kajian dan Pengurusan Sumber Tanah merangkumi tiga unit:

 

1. UNIT SURVEI TANAH

2. UNIT PEMULIHARAAN TANAH

3. UNIT GUNATANAH

Matlamat

Seksyen Kajian dan Pengurusan Sumber Tanah, Jabatan Pertanian Sabah bertanggungjawab:

  1. Membangun, mengurus dan menyenggara pangkalan data spatial berkaitan sumber tanah termasuk taburan gunatanah dan tanah-tani merangkumi seluruh Negeri Sabah.
  2. Menyumbang kepada program dan/atau perancangan dan pelaksanaan pelan pembangunan Tanah Pertanian Negeri Sabah.
  3. Menyumbang kepada program dan/atau perancangan dan pelaksanaan pelan pengurusan, pembangunan dan perlindungan alam sekitar (sumber alam) Negeri Sabah.
  4. Membantu kerajaan Negeri Sabah dalam perancangan dan pelaksanaan Pelan Pembangunan Wilayah (pembangunan pertanian, pembangunan fizikal dan infrastruktur, pembangunan bandar dan desa).
Perkhidmatan

Seksyen Kajian dan Pengurusan Sumber Tanah menyediakan perkhidmatan berikut:

  1. Membekal peta taburan guna tanah skala 1:50,000 dan 1:25,000
  2. Membekal peta digital taburan tanahtani skala 1:250,000
  3. Menyediakan khidmat pemetaan khas untuk bahagian-bahagian/seksyen-seksyen di Jabatan Pertanian sahaja.
  4. Maklumat kesesuaian tanah-tanaman untuk sesuatu kawasan.
  5. Pemeriksaan kesesuaian tanah-tanaman di lapangan/ladang untuk pelbagai jenis tanaman dan khidmat nasihat langkah-langkah pengurusan tanah yang perlu dilaksanakan.
  6. Pemeriksaan kesesuaian tanah/tapak untuk Persijilan myGAP dan myOrganik.
Hubungi Kami

ALAMAT


Seksyen Kajian dan Pengurusan Sumber Tanah,

Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Sabah,

Aras 5, Blok A, Wisma Pertanian Sabah,

Jalan Tasik Luyang Off Jalan Maktab Gaya,

Beg Berkunci 2050, 88632 Kota Kinabalu,

Sabah

TELEFON


■Kerani fail/am:

(+6)088-283250 

■Ketua Penolong Pengarah (Seksyen Kajian dan Pengurusan Sumber Tanah):

(+6)088-283226

■Ketua Pegawai Penyelidik (Survei Tanah):

(+6)088-788590

■Pegawai Penyelidik Kanan (Pemuliharaan Tanah):
(+6)088-788590

■Pegawai Penyelidik (Unit Gunatanah):

(+6)088-283248

ALAMAT E-MEL


Ketua Pegawai Penyelidik (Seksyen Kajian dan Pengurusan Sumber Tanah):

■En. Roslan Mahali
Roslan.Mahali@sabah.gov.my

Pegawai Penyelidik (Unit Survei Tanah):

■(Kosong)
_@sabah.gov.my

Pegawai Penyelidik Kanan (Unit Pemuliharaan Tanah):

■En. Jutom Ongkosing
Jutom.Ongkosing@sabah.gov.my

Pegawai Penyelidik (Unit Gunatanah):

■Pn. Fariza Ismail Celestial
Fariza.IsmailCelestial@sabah.gov.my

 

FAKSIMIL


■Seksyen Kajian dan Pengurusan Sumber Tanah dan Unit Gunatanah:
 (+6)088-239046
 (+6)088-283270
 (+6)088-283226

■Unit Survei Tanah dan Unit Pemuliharaan Tanah:
(+6)088-788548

menu
menu
Scroll Up
WP Feedback

Dive straight into the feedback!
Login below and you can start commenting using your own user instantly