Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran
Pengenalan
Matlamat
Perkhidmatan
Hubungi Kami
Pengenalan

Pusat Penyelidikan Pertanian ini terletak di daerah Tuaran (6o 10’ N, 116o 15’ E), kira-kira 35 km ke arah Timur Laut dari Kota Kinabalu dan meliputi kawasan seluas 56 hektar di dataran banjir sungai Tuaran. Pusat ini telah ditubuhkan pada tahun 1963 dan ianya telah memberi banyak sumbangan kepada pembangunan penyelidikan pertanian di negeri Sabah terutamanya tanaman makanan seperti tanaman padi dan sayur-sayuran dan buah-buahan temperat.

 

Selari dengan usaha untuk meningkatkan pengeluaran beras di negeri ini, penyelidikan ke atas tanaman padi lebih tertumpu kepada padi sawah dan padi tanah kering. Penyelidikan dan pembangunan tanaman makanan dan padi sentiasa dipertingkat dan diperbanyakkan bagi menampung keperluan sumber tanaman makanan domestik. Pembangunan penyelidikan tanaman sayur-sayuran menumpukan kepada pembangunan amalan agronomi tanaman makanan tanah tinggi dan sumber gantian import yang berpotensi serta sesuai ditanam pada iklim tempatan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap sayuran import. Selain itu, kajian-kajian penyelidikan juga menumpukan pada strategi pengurusan pengawalan perosak dan penyakit yang berkesan.

 

Pusat ini juga melaksanakan program-program penyelidikan dan perkhidmatan sokongan teknikal seperti penyiasatan dan pengurusan serangan penyakit dan perosak tanaman (unit patologi tumbuhan, unit entomologi, dan unit pengurusan perosak), pembekalan bahan tanaman untuk tanaman terpilih, pemeriksaan di lapangan tentang jenis dan kesesuaian tanah, analisis kimia pertanian dan teknologi makanan.

 

Matlamat

Matlamat-matlamat utama bagi Pusat Penyelidikan Pertanian Sabah

  1. Untuk melaksanakan aktiviti penyelidikan bagi tujuan meningkatkan keberkesanan pengeluaran tanaman makanan, di mana penekanan diberikan pada tanaman padi dan sayur-sayuran secara mapan di bawah keadaan persekitaran tempatan
  2. Untuk melaksanakan kajian yang menjurus terhadap, pengurusan dan pengawalan perosak secara mapan pada tanaman-tanaman utama yang diusahakan di negeri Sabah.
  3. Untuk melaksanakan kajian terhadap potensi ekonomi penggunaan dan pemprosesan produk tanaman-tanaman pertanian dan sisabakinya.
  4. Untuk menjalankan penyiasatan terhadap kesesuaian dan potensi pengeluaran tanah di negeri Sabah untuk tujuan pembangunan pertanian.
  5. Untuk menyediakan perkhidmatan analisis makmal yang diperlukan dan sokongan teknikal bagi melengkapi fungsi Jabatan Pertanian dalam pembangunan sektor pertanian di negeri Sabah.

 

Perkhidmatan
  • Menjalankan program-program penyelidikan bagi mengenalpasti varieti-varieti padi, tanaman sayuran dan buah-buahan tanah tinggi yang sesuai dan berpotensi serta mesra alam dari segi amalan kultura bagi penanamannya di bawah persekitaran tempatan.
  • Menjalankan penyelidikan bagi pengurusan perosak dan penyakit padi, tanaman sayuran dan buah-buahan tanah tinggi bagi membentuk strategi untuk perlindungan tanaman.
  • Menjalankan kajian fisiologi tumbuhan tanaman bagi keperluan zat pemakanan dalam keadaan sekitaran tempatan dan kajian kekurangan zat makanan tertentu terhadap hasil dan prestasi pertumbuhan tanaman.
  • Menyediakan perkhidmatan kajian kesesuaian tanah, pemuliharaan tanah, survei tanah dan terlibat dalam program pengkelasan seluruh negara (COMSSSEM).
  • Menyediakan perkhidmatan analisis kimia pertanian untuk tanah dan tanaman pertanian serta pemantauan residu racun perosak pada tanaman tersebut.
Hubungi Kami

CARA MENDAPATKAN PERKHIDMATAN

Permohonan bertulis hendaklah dikemukakan ke alamat seperti berikut melalui Ketua Penolong Pengarah(Penyelidikan) / Pegawai Penguasa, Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran.


ALAMAT

Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran,

Peti Surat No. 3,

89207 Tuaran, Sabah


TELEFON

088-788590


FAX

088-788548


E-mel

SuSin.Teo"sabah.gov.my

menu
menu
Scroll Up
WP Feedback

Dive straight into the feedback!
Login below and you can start commenting using your own user instantly