Seksyen Industri Asas Tani & Usahawan
Pengenalan
Matlamat
Perkhidmatan
Hubungi Kami
Pengenalan

Seksyen Industri Asas Tani dan Usahawan berperanan dalam merancang dan menentukan hala tuju Program Industri Asas Tani dan Usahawan Pertanian. Fokus Seksyen adalah untuk melaksanakan program pelbagaian dan menambah nilai  produk daripada tanaman makanan, memperkasa usahawan dan meningkatkan kualiti produk untuk pasaran domestik dan eksport.


Matlamat

Fokus Seksyen adalah untuk melaksanakan program pelbagaian dan menambah nilai  produk daripada tanaman makanan, memperkasa usahawan dan meningkatkan kualiti produk untuk pasaran domestik dan eksport.


  1. Mempelbagaikan poduk hiliran daripada tanaman melalui kegiatan pemprosesan untuk meningkatkan nilai produk pertanian
  2. Meningkatkan isipadu perniagaan usahawan hiliran dan usahawan huluan.
  3. Mengenalpasti dan mengiktiraf usahawan bimbingan Jabatan Pertanian Sabah.
  4. Membangun dan menambah bilangan usahawan  yang berpotensi dan terlibat dalam bidang usaha pemprosesan dan pengeluaran produk pertanian.

 

Perkhidmatan

Perkhidmatan yang Disediakan

  1. Memberi latihan kemahiran dalam bidang teknologi pemprosesan dan pengeluaran makanan, kraftani dan keusahawanan.
  2. Menyelaras produk dan premis usahawan untuk Program Jaminan Keselamatan Makanan dan Skim Pensijilan yang berkaitan dengan industri makanan.
  3. Memberi khidmat nasihat kepakaran dalam bidang industri asas tani dan keusahawanan.
  4. Menyelaras program pembangunan usahawan melalui emberian insentif dan bantuan serta pembiayaan projek.
  5. Menyelaras program promosi produk hiliran dan huluan keluaran usahawan bimbingan Jabatan Pertanian Sabah.

Cara Mendapatkan Perkhidmatan

Perkhidmatan boleh diperoleh dengan menghubungi Seksyen Industri Asas Tani dan Usahawan, Ibu Pejabat Pertanian dan Pejabat-pejabat Pertanian Daerah di seluruh negeri Sabah.


Hubungi Kami

ALAMAT, NO. TELEFON, FAX DAN EMAIL 

Seksyen Industri Asas Tani dan Usahawan

Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian

Aras 7, Wisma Pertanian Sabah

Beg Berkunci No. 2050

88632 KOTA KINABALU


Tel : 088-283266 / 088-420128


Fax: 088-239046 / 088-420122


Email : Suraya.Jubahar@sabah.gov.my

menu
menu
Scroll Up
WP Feedback

Dive straight into the feedback!
Login below and you can start commenting using your own user instantly