Seksyen Pembangunan Modal Insan
Pengenalan
Objektif
Fungsi
Perkhidmatan
Senarai Tempat Kursus
Hubungi Kami
  • Seksyen Pembangunan Modal Insan meliputi program latihan bagi anggota Jabatan dalam perkhidmatan disamping merangkumi program latihan melatih modal insan dalam bidang pertanian vokasional khususnya pengurusan perladangan sawit dan latihan pertanian bersepadu secara komersial dari peringkat pengeluaran sehingga pemprosesan makanan.

  • Menyelaras kursus/program untuk tujuan pengesahan jawatan dan pembangunan kerjaya serta penempatan Latihan Industri bagi pelajar IPT/IPS, Latihan Peralihan Bakal Pesara Pasukan Keselamatan, Skim Sangkutan dan Latihan (SSL) dan sebagainya.

  • Memberi tumpuan dalam skop Pembangunan Organisasi selaras dengan aspirasi pihak pengurusan jabatan iaitu bagi mengurus strategi, program dan aktiviti-aktiviti untuk mengukuhkan kompetensi jabatan melalui program-program pembangunan organisasi.

Menyediakan program latihan/kursus kepada anggota jabatan dan orang awam bagi memantapkan kebolehan setiap individu.

Seksyen ini berfungsi untuk menyediakan latihan pertanian kepada para pelajar, menyediakan peluang latihan peralihan kepada para tentera, menyediakan latihan industri kepada para pelajar dari institut pengajian tinggi.

  • Menganjurkan sekurang-kurangnya 25 buah program pembelajaran khususnya latihan dalam perkhidmatan untuk setiap anggota meliputi pelbagai gred jawatan.

  • Melaksanakan Program Sijil Keusahawanan Pertanian Bersepadu (PSKPB) selama 12 bulan khas kepada belia dan beliawanis yang mempunyai kelayakan dikehendaki.

  • Melaksanakan latihan vokasional melalui proses pembelajaran Kursus Asas (30% teori dan 70% latih amal) serta Latihan Industri selama 12 minggu bagi melengkapkan jumlah 48 jam kredit selama satu tahun (2 semester).

  • Menyelaras kursus/program untuk tujuan pengesahan jawatan dan pembangunan kerjaya seperti Program Transformasi Minda (PTM). Peperiksaan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Program Pembangunan Eksekutif (PROSPEK). Program IMPAK, Program PESAN dan sebagainya.

  • Mengurus Program Penyelarasan dan Penempatan Latihan Industri bagi pelajar IPT/IPS, Latihan Peralihan Bakal Pesara Pasukan Keselamatan, Skim Sangkutan dan Latihan (SSL) dan sebagainya.

  • Merancang, mengelola dan mengurus program-program pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan.

  • Menyelaras program Pembangunan Organisasi melalui Jawatankuasa Pemandu Peningkatan kualiti dan Produktiviti Jabatan Pertanian Sabah.

i. PUSAT LATIHAN PERTANIAN (ATC), KOTA BELUD
Pusat Latihan Pertanian berperanan untuk menjalankan program pembelajaran khususnya latihan dalam perkhidmatan untuk setiap anggota meliputi pelbagai gred jawatan. Program latihan yang dilaksanakan di pusat ini adalah bersandarkan kompetensi (competency-based training) dan keperluan kepakaran mengikut perspektif perkhidmatan awam agar dapat melaksanakan semua program dan pelbagai aktiviti jabatan lebih tersusun serta efisien.

ii. PUSAT LATIHAN PERTANIAN BERSEPADU, PUTATAN
Pusat Latihan Pertanian Bersepadu, Putatan berperanan untuk melatih modal insan secara formal untuk melahirkan individu yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang pertanian komersial dari peringkat pengeluaran sehingga pemprosesan makanan (huluan dan hiliran). Bagi melaksanakan program pembangunan modal insan dan Rancangan Malaysia kesebelas
(RMK-11), projek ini dilaksanakan dalam dua kategori iaitu:

  • Melaksanakan Program Sijil Keusahawanan Pertanian Bersepadu (PSKPB) selama 12 bulan khas kepada belia dan beliawanis yang mempunyai kelayakan dikehendaki. Melalui kursus ini, para peserta akan dilatih dan diajar dalam aspek-aspek keusahawanan pertanian dengan menekan konsep Pertanian Bersepadu secara komersial.

  • Sasaran Kursus Keusahawan Pertanian (KKP) bagi tahun 2020 adalah seperti berikut:

Bil.Tajuk Kursus / FasilitatorJumlah Peserta (Orang)
A**KURSUS BERBAYAR
1Kursus Bakeri Sejuk Beku12
2Kursus Penanaman Cendawan Dataran Rendah12
3Kursus Hasilan Roti12
4Kursus Penyediaan Pelan Bisnes Projek12
BKURSUS TIDAK BERBAYAR
1Kursus Penternakan Itik Penelur dan Pemprosesan Telur Itik Masin20
2Kursus Pembiakan Tanaman Hiasan dan Buah-Buahan20
3Kursus Penternakan Ikan Dalam Kolam Air Tawar20
4Kursus Asas Seminfero20
5Kursus Asas Fertigasi20
6Kursus Pembiakan Ikan Dalam Kolam20


Catatan:

  1. Jumlah Kursus: 10 Buah Kursus

  2. *Tertakluk kepada perubahan

  3. **Kursus-kursus Berbayar (RM200.00/orang)

Pusat Latihan Pertanian (ATC), Kota Belud

Pusat Latihan Pertanian Bersepadu, Putatan

Pusat Latihan Vokasional Pertanian (AVTC), Lahad Datu

Nota: Untuk mendapatkan maklumat perhubungan bagi tempat-tempat ini, sila rujuk direktori kami atau hubungi Kaunter Khidmat Pelanggan Jabatan Pertanian Sabah (088-283283).

 Peta

Alamat

Seksyen Pembangunan Modal Insan

Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Sabah

Blok A, Aras 5, Wisma Pertanian Sabah,

Jalan Tasik (Off Jalan Maktab Gaya) Luyang,

Beg Berkunci No. 2050

88632 Kota Kinabalu, Sabah

 

Maklumat Perhubungan Lain

Tel: 088-283236 / 215

Faks: 088-283215

E-mel: Bacho.Pasaka@sabah.gov.my@sabah.gov.my

E-mel: Fredolica.Fredoline@sabah.gov.my

menu
menu
Scroll Up
WP Feedback

Dive straight into the feedback!
Login below and you can start commenting using your own user instantly