Seksyen Pendigitalan Penyampaian Perkhidmatan
Pengenalan
Matlamat
Objektif
Fungsi
Perkhidmatan
Hubungi Kami

Seksyen Pendigitalan Penyampaian Perkhidmatan merupakan sebuah seksyen baharu di bawah Direktorat Jabatan Pertanian Sabah. Mula beroperasi dengan identiti baharu pada bulan Februari tahun 2020. Dahulunya dikenali sebagai Unit Pengurusan Sistem Maklumat.

Seksyen ini diwujudkan sesuai dengan usaha Jabatan Pertanian Sabah melaksanakan transformasi pendigitalan seiring dengan inisiatif kerajaan Negeri Sabah dalam Transformasi Perkhidmatan Awam Negeri ke arah Smart Digital Government.

Mempersiap Jabatan melangkah ke arah IR 4.0, meningkatkan kompetensi kakitangan dalam kemahiran ICT serta memberi perkhidmatan sokongan dalam penyebaran informasi pertanian kepada pelanggan.

i.      Kenalpasti perkhidmatan-perkhidmatan untuk ditransformasikan ke aplikasi perkhidmatan  pendigitalan.

ii.     Menyebarluas perkhidmatan/ hasil/ produk/ aktiviti jabatan ke platform digital.

iii.    Membantu meningkatkan kompetensi kakitangan dalam kemahiran ICT.

i.     Membantu membangun sistem aplikasi perkhidmatan digital bersama dengan seksyen terlibat.

ii.    Menyelenggara dan mengkaji semula aplikasi-aplikasi yang telah dibangunkan untuk jabatan.

iii.   Melaksanakan perancangan pengkomputeran peringkat jabatan.

iv.    Mengurus dan memantau hosting bagi server DOA 1 dan DOA 2.

v.     Mengurus kemasukan maklumat/ gambar/ data yang relevan dalam mempromosi perkhidmatan/ hasil/ produk/ aktiviti jabatan ke platform digital.

vi.    Memberi khidmat nasihat dan latihan bersesuaian dengan perkara-perkara berkaitan ICT.

Perkhidmatan yang Disediakan
Cara mendapatkan perkhidmatan

Mengendalikan pengurusan pendigitalan dan peralatan komputerisasi teknologi maklumat iaitu:

i.    Membantu dalam melaksanakan transformasi pendigitalan  penyampaian perkhidmatan Jabatan.

ii.    Membantu meningkatkan kompetensi kakitangan dalam kemahiran teknologi maklumat

iii.   Melaksanakan pemantauan perkakasan dan peralatan sistem maklumat Jabatan.

iv.    Menentukan keperluan komputerisasi sesuai dengan pembangunan sistem maklumat semasa

v.     Mengurus penyelenggaraan perkakasan dan peralatan sistem  maklumat Jabatan.

vi.    Mengendalikan aktiviti WebMaster Jabatan Pertanian Sabah

Memohon secara rasmi melalui Seksyen Pendigitalan Penyampaian Perkhidmatan dengan menggunakan Borang ICT 1 atau Borang ICT 4

 Peta

Alamat

Seksyen Pendigitalan Penyampaian Perkhidmatan

Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Sabah

Blok A, Aras 5, Wisma Pertanian Sabah,

Jalan Tasik (Off Jalan Maktab Gaya) Luyang,

Beg Berkunci No. 2050

88632 Kota Kinabalu, Sabah

 

Maklumat Perhubungan Lain

Tel: 088-283290

Faks: 088-239046

E-mel: Daisy.Francis@sabah.gov.my

 

menu
menu
Scroll Up
WP Feedback

Dive straight into the feedback!
Login below and you can start commenting using your own user instantly