Seksyen Taman Kekal Pengeluaran Makanan & Tanaman Khas
Pengenalan
Matlamat
Perkhidmatan
Hubungi Kami
Pengenalan

Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dicadang sebagai satu strategi di bawah Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) untuk menggalakkan pelaksanaan projek pertanian secara berskala besar, komersil dan berteknologi tinggi oleh usahawan termasuk sektor swasta. Pembangunan TKPM melibatkan kerjasama Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pengusaha. MOU telah ditandatangani oleh Menteri Pertanian Malaysia dengan pihak Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 2001.

 

Dibawah NKEA - ‘Entry Point Project’ ‘EPP#7’ (Pasaran Premium Buah-buahan dan Sayur-Sayuran), TKPM telah dikenalpasti sebagai pengeluar buah-buahan tropika bernilai tinggi seperti Tembikai Wangi, Belimbing, Betik, Pisang, Nangka dan Nanas; serta jenis sayur-sayuran tanah tinggi bernilai tinggi seperti Tomato, Capsicum, dan Lettuce.


KONSEP PELAKSANAAN PROGRAM TKPM

Kerajaan Negeri bersetuju menyedia tanah dan digazetkan sebagai projek TKPM

Kerajaan Persekutuan menyediakan infrastruktur asas dan pengurusan dibawah landasan MOA Inc.

Usahawan dan swasta  terlibat dalam pengeluaran tanaman makanan (melalui lot yang disediakan)

Matlamat

Matlamat / Objektif

Melahirkan usahawan-usahawan dalam bidang pengeluaran tanaman makanan;

Menggalakkan pengelibatan usahawan dan sektor swasta dalam pengeluaran tanaman makanan dan komersil;

Mewujudkan zon kekal pengeluaran tanaman makanan;

Menyumbang kepada peningkatan pengeluaran makanan Negeri secara mapan, berkualiti dan selamat;

Menggalakkan dan mewujudkan pembangunan rantaian bekalan makanan bersepadu;

Meningkatkan pendapatan bersih peserta kepada sekurang-kurangnya RM3,000 – RM5,000/bulan;


Strategi Pelaksanaan dan Pengeluaran Program TKPM

Pembangunan yang berasaskan pendekatan pengezonan.

Berdasarkan ‘Market driven’

Berlandaskan pembangunan kluster industri tanaman makanan

Mewujudkan rantaian makanan (From Farm to Table) dalam pembangunan kluster industri tanaman makanan

Perladangan berskala besar dan komersil

Pengelibatan pihak swasta

Penggunaan teknologi perladangan moden dan terkini

Amalan pertanian baik (Persijilan myGAP dan myorganik)

Perkhidmatan

Perkhidmatan yang Disediakan

  1. Menyediakan lot tanaman yang dilengkapi dengan infrastruktur asas untuk tujuan melaksanakan bidangusaha yang dipersetujui bersama antara peserta dengan Jabatan Pertanian;
  2. Khidmat nasihat Agronomi dan Pengurusan Ladang;
  3. Bimbingan kepada peserta kearah pensijilan ladang (myGAP dan myOrganik);
  4. Peluang pemasaran hasil ladang melalui konsep ladang kontrak dengan agensi atau syarikat Anchor yang berkaitan;
  5. Peluang menambah pendapatan antara RM3,000 hingga RM5,000 sebulan melalui bidangusaha tanaman makanan secara komersil.

Cara Mendapatkan Perkhidmatan

  1. Memohon sebagai peserta – Melengkapkan borang permohonan Projek TKPM dengan merujuk kepada pelawaan pengambilan peserta melalui iklan. Proses pengambilan selanjutnya diatur oleh Jabatan Pertanian Sabah;
  2. Menandatangani Surat Perjanjian sebagai peserta projek.

Syarat-Syarat Penyertaan

Pemilihan peserta dijalankan oleh Jabatan Pertanian Sabah.

Kriteria Utama Pemilihan Peserta:

Warga Negara Malaysia. Berumur 18 tahun keatas, pemohon yang berumur dibawah 40 tahun adalah diberi keutamaan;

Calon pesert berpengalaman dan terlatih (Calon siswazah diutamakan);

Mempunyai modal dan credit standing yang baik;

Wajib mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.

Hubungi Kami

Penolong Pengarah Pertanian

Seksyen TKPM Dan Tanaman Khas

Aras 7, Ibu Pejabat Pertanian

Wisma Pertanian,88632 Kota Kinabalu. Sabah.


No Tel  : 088-283 212 atau 088-283227


No Faks  : 088-283212 


Email  : AbdHalim.AgAli@sabah.gov.my

 

menu
menu
Scroll Up
WP Feedback

Dive straight into the feedback!
Login below and you can start commenting using your own user instantly