Stesen Penyelidikan Pertanian Bukit Quoin Tawau
Pengenalan
Matlamat
Aktiviti
Perkhidmatan
Hubungi Kami
Pengenalan

Kini, stesen ini dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan aktiviti penyelidikan pembiakbakaan, dan agronomi (amalan kultura dan teknik penanaman) atas 20 jenis tanaman buah-buahan terpilih (durian, nanas, tarap, betik, nangka, pisang, bambangan, sukun, ciku, sitrus, cempedak, jambu, lansium (duku / langsat / duku langsat / dokong), mangga, manggis, salak, belimbing), dan juga buah-buahan minor seperti avokado, serta buah-buahan eksotik seperti Mamey Sapote, canistel dan rempah ratus dan kekeras seperti yang digariskan di dalam Dasar Pertanian Negeri Sabah (DPNS) dan polisi Jabatan Pertanian Sabah. 


Stesen Penyelidikan Pertanian Bukit Quoin, Tawau di bawah Jabatan Pertanian Sabah telah ditubuhkan pada bulan Mei, 1957. Sebelum ini, stesen ini dikenali sebagai Pusat Penyelidikan Koko dan berfungsi untuk membangunkan industri koko di negeri Sabah. Seiring dengan Rancangan Malaysia Ke-7 dan penubuhan Lembaga Koko Malaysia, nama stesen ini telah ditukarkan ke nama sekarang untuk mencerminkan fungsi utama yang telah berubah iaitu menjalankan program penyelidikan ke atas tanaman buah-buahan yang juga merupakan salah satu komponen di bawah program penyelidikan dan pembangunan Jabatan Pertanian, Sabah.

 

Matlamat
  1. Mengumpul dan memulihara janaplasma tanaman buah-buahan dan koko untuk tujuan program pembiakbakaan dan sebagai rujukan.
  2. Membangunkan klon/hibrid baru buah-buahan yang berkualiti, berhasil tinggi, rintang kepada penyakit dan perosak melalui program pemilihan dan pembiakbakaan secara konvensional.
  3. Membangun dan memperkenalkan pakej teknologi pengurusan tanaman buah-buahan yang berkesan. 
  4. Membangunkan teknologi untuk mempertingkatkan pro
  5. Meningkatkan pengeluaran bahan makanan melalui peningkatan penghasilan seunit tanah dan juga penambahan keluasan tanah.
  6. uktiviti hasil dan kecekapan di ladang.
  7. Membangunkan teknologi pengawalan perosak dan penyakit secara mampan bagi tanaman buah-buahan dan koko.
  8. Membangunkan teknologi pengendalian lepas tuai buah-buahan.

 

Aktiviti
  1. Pengumpulan dan pemilihan spesis janaplasma tempatan dan diimport
  2. Percubaan varieti
  3. Amalan kultura
  4. Penyebaran teknologi
  5. Integrasi tanaman buah-buahan
  6. Kawalan perosak dan penyakit dengan penekanan terhadap pemilihan bahan yang bertoleransi terhadap perosak dan penyakit besar.
  7. Teknologi pascahasil yang mudah
  8. Penyelidikan on-farm
Perkhidmatan
  1. Membekalkan bahan tanaman asas buah-buahan terpilih dan koko yang berhasil tinggi dan bermutu.
  2. Memperkenalkan pakej teknologi tanaman buah-buahan terpilih dan koko.
  3. Memberi khidmat nasihat kepakaran teknikal berkaitan agronomi tanaman buah-buahan terpilih dan koko.
  4. Menyediakan/mengendalikan program latihan untuk pelajar, petani dan orang awam.
Hubungi Kami

Permohonan berkaitan perkhidmatan atau keterangan lanjut mengenai stesen, ini boleh dikemukakan kepada Ketua Penolong Pengarah (Penyelidikan) :


Alamat :

Stesen Penyelidikan Pertanian Bukit Quoin (ARS Tawau), Peti Surat No. 324, 91007 Tawau.


No. Telefon :

089-752 882, 089-757 821/822/823


Faks :

089-775887


Email : Janie.Tating@sabah.gov.my

menu
menu
Scroll Up
WP Feedback

Dive straight into the feedback!
Login below and you can start commenting using your own user instantly