Stesen Penyelidikan Pertanian Lagud Sebrang Tenom
Pengenalan
Matlamat
Perkhidmatan
Hubungi Kami
Pengenalan

Jabatan Pertanian melalui Stesen Penyelidikan Pertanian, Lagud Sebrang Tenom memainkan peranan utama menjalankan 5 program penyelidikan iaitu penyelidikan tanaman makanan tanah pamah, tanaman minuman, tanaman hortikultur dan buah-buahan, apikultur (penternakan lebah madu/kelulut), serta tanaman herba dan tumbuhan ubat-ubatan. Seterusnya menghasilkan teknologi-teknologi pengurusan, bahan tanaman bagi meningkatkan produktiviti tanaman-tanaman berkenaan seperti yang dinyatakan di atas. Aktiviti-aktiviti pemuliharaan genetik juga tertumpu kepada tanaman makanan tanah pamah, tanaman minuman, tanaman hortikultur dan buah-buahan,  apikultur (lebah madu/ kelulut), serta tanaman herba dan tumbuhan ubat-ubatan.

Matlamat
  1. Pemuliharaan / konservasi bahan janaplasma;
  2. Menjalankan penyelidikan ke atas tanaman tanah pamah, tanaman minuman, tanaman hortikultur dan buah-buahan, apikultur (penternakan lebah madu/kelulut), serta tanaman herba dan tumbuhan ubat-ubatan bagi membangunkan teknologi, dan bahan tanaman yang berkualiti.
  3. Membekalkan bahan tanaman kopi Robusta, Liberica, Catimor, benih Betik eksotika Malaysia dan Betik sekaki, Jagung, Kacang Tanah, Kacang Soya dan Sayur-sayuran terpilih ( kacang panjang, sayuran jenis buah) kepada Seksyen Pengeluaran Tanaman Kontan Jabatan Pertanian Sabah.
  4. Memberi khidmat nasihat kepada masyarakat petani/pengusaha pertanian.
Perkhidmatan

Khidmat nasihat yang disediakan adalah seperti berikut:

  1. Teknologi Pengurusan Tanaman Makanan Tanah Pamah;
  2. Teknologi Pengurusan Tanaman Minuman (Tanaman Kopi);
  3. Teknologi Pengurusan Tanaman Hortikultur dan Buah-buahan;
  4. Teknologi Pengurusan apikultur (penternakan Lebah Madu/kelulut), dan
  5. Teknologi Tanaman herba dan tumbuhan ubat-ubatan.
Hubungi Kami

Memohon secara rasmi kepada Pengarah Pertanian Sabah atau kepada Pegawai Pertanian Daerah berdekatan bagi permohonan bahan tanaman seperti di atas. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Ketua Penolong Pengarah Penyelidik di alamat berikut:


Alamat :

Stesen Penyelidikan Pertanian Lagud Sebrang, Peti Surat No. 197, 89908 TENOM


No. Telefon :

087-737951 / 735661 / 737568


Faks :

087-737570

 

menu
menu
Scroll Up
WP Feedback

Dive straight into the feedback!
Login below and you can start commenting using your own user instantly