Stesen Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun Sandakan
Pengenalan
Matlamat
Perkhidmatan
Hubungi Kami
Pengenalan

Jabatan Pertanian Sabah melalui Stesen Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun berperanan utama untuk menjalankan program penyelidikan tanaman sawit bagi pengeluaran biji benih sawit DxP dan menghasilkan teknologi-teknologi pengurusan tanaman bagi meningkatkan produktiviti sawit. Aktiviti-aktiviti penyelidikan juga tertumpu kepada tanaman palma lain seperti kelapa, palma peach, tanaman bambu, tanaman buah-buahan, tanaman bernilai perubatan dan herba serta pembangunan teknologi pembiakan tanaman secara in vitro melalui kaedah kultur tisu.

 

Matlamat

Antara Matlamat-Matlamat Stesen Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun, Sandakan ialah:

  1. Menjalankan penyelidikan ke atas tanaman khasnya tanaman jangkamasa panjang seperti sawit, kelapa, palma peach, bambu dan tanaman herba bagi membangunkan bahan tanaman yang berkualiti.
  2. Membangunkan teknologi amalan kultur dan pengurusan tanaman berkenaan dengan tujuan meningkatkan produktiviti.
  3. Menjalankan pembiakan tampang ke atas tanaman terpilih melalui teknik kultur tisu.
  4. Mengeluarkan dan membekalkan bahan tanaman terpilih untuk penanaman komersil.
  5. Memberi khidmat nasihat teknikal dan latihan kepada masyarakat tani.

 

Perkhidmatan

Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:

  1. Teknologi Penanaman dan Pengurusan Tanaman Sawit
  2. Teknologi Penanaman dan Pengurusan Tanaman Kelapa
  3. Teknologi Pengurusan Tanaman Palma Peach
  4. Teknologi Pengurusan Tanaman Bambu
  5. Teknologi Pengurusan Tanaman Herbal
  6. Teknologi Pembiakan Tanaman Melalui Kaedah Kultur Tisu
  7. Program Konservasi Secara In-situ dan Ex-situ

Hubungi Kami

Cara Mendapatkan Perkhidmatan

Memohon atau merujuk secara bertulis ke Stesen Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun atau Pegawai Pertanian Daerah berdekatan. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Ketua Penolong Pengarah Penyelidik,

 

Alamat:

Stesen Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun,

Peti Surat No. 1401, 90715 SANDAKAN,

 Sabah, Malaysia.


No. Telefon:                                                          089-568831/568832


Faks:                                                                               089-567833

menu
menu
Scroll Up
WP Feedback

Dive straight into the feedback!
Login below and you can start commenting using your own user instantly