Jabatan Pertanian telah diberi mandat sebagai pembekal utama atau kustodian data geospatial tanahtani dan gunatanah pertanian. Fungsi ini dikendalikan oleh Seksyen Kajian dan Pengurusan Sumber Tanah yang telah membangunkan data tanahtani dan gunatanah Negeri Sabah semenjak tahun 1950an.

 

Sebagai kustodian, tanggungjawab Jabatan Pertanian adalah memastikan akauntabiliti terhadap pengurusan dan penyelenggaraan data geospatial di sektor awam berintegriti  dan memastikan capaian yang berterusan kepada stakeholder.

 

Seksyen Kajian dan Pengurusan Sumber Tanah merangkumi tiga unit:

1. UNIT SURVEI TANAH

2. UNIT PEMULIHARAAN TANAH

3. UNIT GUNATANAH

Jabatan Pertanian Sabah