Pusat Latihan Pertanian Bersepadu, Putatan berperanan melatih modal insan secara formal untuk melahirkan individu yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang keusahawanan pertanian dari peringkat pengeluaran sehingga pemprosesan makanan (huluan dan hiliran). Pusat ini menawarkan dua jenis kursus, iaitu Program Sijil Keusahawanan Pertanian (KKP) selama 5 hari. Melalui kursus ini, para peserta akan dilatih dan diajar dalam aspek-aspek keusahawanan pertanian dengan menekankan konsep Pertanian Bersepadu secara komersial. Kursus-kursus yang diajar adalah dalam bidang Keusahawanan Pertanian, Perusahaan Tanaman dan Teknologi Pemprosesan Makanan.
1. Memberi latihan kepada para belia-beliawanis yang berminat atau berpotensi menjadi usahawan pertanian.
2. Memberi latihan kepada pengusaha pertanian kecil atau individu yang berminat untuk menambah pengetahuan dalam bidang pertanian tertentu.
Peta
Alamat
Pusat Latihan Pertanian Bersepadu
P.O. Box 50086
88200 Putatan
Maklumat Perhubungan Lain
Tel: 088 - 7683211 / 072 / 202
Faks: 088-766131 / 768221
E-mel: DgSyamimi.Daud@sabah.gov.my