Seksyen Kejuruteraan Pertanian
Mekanisasi Pertanian merupakan fokus Jabatn yang dilaksanakan melalui dua (2) projek iaitu mekanisasi dan kejenteraan tanaman makanan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Ke dua Belas (RMK-12). Kedua-dua projek ini adalah unutk memperkenalkan/mempromosikan teknologi amalan penjimatan tenaga buruh dalam pengeluaran tanaman makanan khususnya tanaman padi kepada kumpulan sasar untuk meningkatkan produktiviti buruh seterusnya menyokong usaha peningkatan pengeluaran makanan (padi). Dalam usaha ke arah transformasi pengeluaran pertanian, penglibatan pihak swasta dan pengusaha tempatan unutk membangunkan tanaman padi akan terus digalakkan.
Untuk merealisasikan misi Jabatan dalam peningkatan makanan, pembanugnan sumber manusia perlu ditekankan melalui pengenalan.promosi teknologi terpilih. Pegawai/kakitangan Jabatan dan petani terpilih yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan projek mekanisasi akan dibimbing dan dilatih untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam penggunaan dan penyelenggaraan jentera/mesin/peralatan pertanian terpilih serta meningkatkan kompetensi dalam melaksanakan tugas berkaitan dengan mekanisasi pertanian.
1. Pembangunan Modal Insan
Sebanyak 4 kursus latihan akan dianjurkan yang akan melibatkan seramai 50 orang pegawai/kakitangan dan 50 orang petani yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan projek mekanisasi
2. Projek Demonstrasi Pengeluaran Padi Berjentera
Seluas dua (2) hektar tanah sawah milik petani di daerah terpilih akan dijadikan plot demonstrasi bagi aktiviti insentif buruh iaitu penyediaan tanah, penanaman dan penuaian secacra berjentera
3. Projek Peminjaman Jentera/Mesin/Peralatan Pertanian Terpilih
Usaha pemberian khidmat nasihat teknikal diteruskan melalui lawatan pemantauan dan pengesanan projek-projek yang dilaksanakan
4. Program Usahasama Perkhidmatan Pembajakan Sawah
Pemantauan dan pengesanan ke atas 49 buah traktor empat roda yang dipinjamkan kepada Lembaga Pertubuhan Peladang Sabah (LPP) di bawah kendalian Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS) di 13 daerah penanaman padi terpilih akan dilaksanakan
5. Pemantauan dan Konsultasi (AGENT)
Khidmat sokongan teknikal berkaitan dengan penyelenggaraan loji pemprosesanbenih ditiga (3) lokasi daerah (Tenom, Papar dan Kota Belud), enam (6) buah bilik sejuk di seluruh negerii Sabah (daerah Keningau, Papar, Beaufort, Tawau dan Sandakan) dan lapan (8)Taman Kekal Pengeluaran (TKPM) / Mini TKPM akan diteruskan melalui AGENT. Selain itu, AGENT turut terlibat dalam penyediaan, penyemakan dan pengesahan spesifikasi jentera/mesin dan struktur pertanian Jabatan
Peta |
Alamat |
Seksyen Kejuruteraan Pertanian Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Sabah Aras 7, Wisma Pertanian Sabah, Jalan Tasik (Off Jalan Maktab Gaya) Luyang,Beg Berkunci No. 2050, 88632 Kota Kinabalu, Sabah |
Maklumat Perhubungan Lain |
Tel : 088-283288 Faks : 088-239046 E-mel : Ernessia.Sinusun@sabah.gov.my |