Seksyen Pengembangan Pertanian
1. Menyampaikan teknologi pertanian baharu hasil penemuan Bahagian Penyelidikan dan Inovasi Transfer of Technology kepada kumpulan sasar dengan kaedah Sistem Perkhidmatan & Penyampaian Baharu (NESS) melalui kajian metodologi serta pendekatan secara Digital Extension Approach (DEA).
a. Perancangan Program Pengembangan berkonsepkan "PARTICIPATORY PLANNING" dan DEA "DIGITAL EXTENSION APPROACH"
b. Penubuhan Kumpulan Pengusaha Tanaman Makanan (KPTM), Kumpulan Pengusaha Industri Asas Tani (KPIAT), Kumpulan Pengusaha Apikultur (KPA) & Persatuan Penanam (PP) menggantikan Kumulan Tani (KT), & Kumpulan Keluarga Tani (PKT).
c. Sistem Penyampaian Perkhidmatan Pengembangan oleh Agen Pengembangan melalui KPTM, KPIAT KPA & PP.
d. Agen Pengembangan terlatih & berkeupayaan menjalankan tugas bagi membantu petani / pengusaha pertanian di Kawasan / Mukim tempat pegawai ditugaskan
e. Carta Organisasi Pejabat Pertanian Daerah disusun berasaskan Kawasan Perkhidmatan Pertanian (Daerah - Kawasan - Mukim - Kampung)
2. Memberi khidmat sokongan latihan kepakaran dan teknikal Amalan Pertanian Baik (APB) kepada agen pengembangan kawasan (APK) di peringkat daerah dan pengusaha tanaman bagi aktiviti tertentu
3. Memberi khidmat kepakaran di dalam perancangan, penyediaan program pengembangan, dan bertanggungjawab dalam merangka program pengembangan tahunan Jabatan serta pelaporan pelaksanaannya.
4. Mengkaji kemudahan-kemudahan pengembangan yang diperlukan berhubung dengan teknologi pengembangan, tenaga manusia, peralatan dan prasarana
5. Memantau dan mengenalpasti keberkesanan perkhidmatan pengembangan di peringkat daerah
6. Memperkasa kompetensi penyampaian perkhidmatan pengembangan melalui Pegawai Pertanian Daerah (PPD) , Ketua Penyelia Pengembangan Kawasan Daerah (KPPK), Penyelia Pengembangan Mukim (PPM) dan Penyelaras Maklumat Pengembangan dan Latihan Daerah (PMPL)
a. Insentif pembajakan sawah padi untuk menggalakkan penanaman dan mengekalkan keluasan bertanam sawah padi seluas 172,600 hektar menjelang tahu n 2025
b. Pembangunan tanaman sayur-sayuran secara komersial seluas 95 hektar melibatkan 95 petani untuk meningkatkan pengeluaran hasil daripada 46,000 tan kepada 49,000 tan sehingga tahun 2025
c. Pembangunan tanaman kontan (keledak, ubi kayu, cili padi dan kacang tanah) seluas 79 hektar melibatkan seramai 46 petani untuk mengeluarkan hasil sebanyak 1,5000 tan sehingga tahun 2025
d. Insentif peningkatan produktiviti tanaman buah-buahan seluas 6,200 hektar melibatkan 3,100 petani untuk mengeluarkan hasil sebanyak 62,000 tan sehingga tahun 2025
e. Insentif peningkatan produktiviti tanaman kelapa dan kopi seluas 5,797 hektar melibatkan 2,966 petani untuk mengeluarkan hasil sebanyak 93,140 tan sehingga tahun 2025
f. Pembangunan tanaman pisang saba melibatkan kawasan seluas 64 hektar melibatkan 32 petani untuk meningkatkan pengeluaran daripada 48,323 tan kepada 50,000 tan pada tahun 2021
g. Menyasarkan 300 buah ladang diberi pensijilan myGAP dan myOrganic
h. Membina lima (5) pondok pengumpulan bekas racun makhluk perosak bagi memanfaatkan 115 peserta menjelang tahun 2025
i. Pembangunan tanaman nanas MD2 seluas lima (5) hektar melibatkan lapan (8) petani untuk mengeluarkan hasil buah sebanyak 200 tan dan 500,000 sulur menjelang tahun 2022
j. Pembangunan tanaman kontan (jagung, keladi dan halia) seluas 31 hektar melibatkan seramai 31 petani untuk mengeluarkan hasil sebanyak 280 tan pada tahun 2021
k. Pembangunan tanaman durian premium seluas 154 hektar melibatkan 154 petani untuk meningkatkan pengeluaran kelapa negeri Sabah daripada 6,150 tan kepada 11,150 tan menjelang tahun 2025
l. Pembangunan tanaman kopi seluas 100 hektar melibatkan 50 petani untuk meningkatkan pengeluaran kopi negeri Sabah daripada 1,067 tan kepada 1,167 tan menjelang tahun 2024
m. Pemberian insentif tanaman berupa bahan input (baja organik) untuk 370 hektar kawasan taman kekal pengeluaran makanan (TKPM) menjelang tahun 2025
n. Meningkatkan pengeluaran anak semaian kopi daripada 600,000 pokok kepada 750,000 pokok menjelang tahun 2025
o. Meningkatkan pengeluaran anak benih buah-buahan dibiak secara tampang dan anak semaian terpilih daripada 292,000 pokok kepada 600,000 pokok menjelang tahun 2025
p. Meningkatkan pengeluaran bahan tanaman kelapa bagi benih MATAG, pandan dan tacunan daripada 336,000 pokok kepada 700,000 pokok menjelang tahun 2025
q. Meningkatkan pemprosesan dan pengeluaran benih padi sah daripada 3,600 tan kepada 9,500 tan menjelang tahun 2025
r. Meningkatkan kualiti pembungjusan produk usahawan industri asas tani berjenama BessBah daripada sembilan (9) produk kepada 14 produk menjelang tahun 2025
s. Melaksanakan 1,270 kursus yang memberi manfaat kepada 12,700 peserta melalui projek pembangunan usahawan industri asas tani
t. Memberikan kursus dan latihan kepada 115 peserta berkenaan pemindahan teknologi dan akreditasi ladang Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP)
u. Penyelenggaraan infrastruktur asas di lapan (8)Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) sedia ada seluas 370 hektar melibatkan 115 peserta
Alamat
Seksyen Pengembangan Tanaman
Peti Surat 582, 89208 Tuaran
Maklumat Perhubungan Lain
Tel: 088-787645
Faks: 088-788135
E-mel: Jamaludin.Lani@sabah.gov.my