Seksyen Pengurusan Daerah
Seksyen ini berperanan dalam menyelaras pengurusan Pejabat-pejabat Pertanian Daerah dari aspek pentadbiran, penyediaan logistik, kemudahan dan kelengkapan yang diperlukan dalam mempertingkatkan keupayaan perkhidmatan pengembngan kepada para pengusaha pertanain di Negeri Sabah.
1. Program Pengurusan Pejabat-Pejabat Pertanian Daerah
Program Pengurusan Pejabat Pertanian Daerah meliputi pengurusan pentadbiran pejabat, penyediaan logistik, penyelenggaraan bangunan, kemudahan dan infrastruktur. Program ini berperanaan dalam membantu dalam pelaksanaan aktiviti perkhidmatan pengembangan pertanian di daerah dari segi keperluan logistik.
2. Program Perkhidmatan Pengembangan Pertanian
Program ini tertumpu kepada menaiktaraf kemudahan dan kelengkapan pejabat untuk menyokong Program Perkhidmatan Pengembangan Pertanian yang dikendalikan oleh Pejabat Pertanian Daerah. Ini termasuklah pembinaan pejabat baharu dan perolehan perabot dan lain-lain kelengkapan pejabat bagi memberikan keselesaan kepada kakitangan dan pelanggan.
3. Program Perkhidmatan Kawalselia
Program ini diselaraskan oleh Seksyen Pengurusan Daerah dalam usaha untuk menguatkuasa undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan semua aktiviti-aktiviti pertanian termasuk bidang pengurusan, pembangunan dan penyelidikan dipatuhi oleh anggota masyarakat yang terlibat.
Di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di bawah program perkhidmatan kawalselia adalah seperti berikut:
- Permohonan tanah
- Pindah milik
- Tukar/Tambah syarat
- Permohonan senjata api
- Penilaian kerosakan tanaman akibat projek kerajaan / lain agensi
- Penilaian kerosakan tanaman akibat bencana alam
- Penilaian kerosakan tanaman akibat pencerobohan manusia / haiwan
- Pengesahan tanah deraf geran
- Skim pekebun kecil
- subdivision / Rezoning
- Pemeriksaan Am
4. Pusat Latihan Petani (PLP)
Pusat Latihan Petani (PLP) di bawah kendalian Pejabat Pertanian Daerah dan secara langsung diselia oleh Seksyen Pengurusan Daerah. Terdapat tiga (3) buah Pusat Latihan Pertanian iaitu PLP Damai Kota Marudu, PLP Lagud Sebrang Tenom dan PLP Ulu Dusun Sandakan.
Objektif Pusat Latihan Petani diwujudkan adalah untuk:
a. Menjalankan kursus belia dan petani dewasa mengenai asas dan amalan pertanian bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam sektor pertanian;
b. Memberikan latihan kepimpinan dan jati diri kepada petani muda serta memupuk kesedaran di kalangan mereka bahawa bertani adalah satu perniagaan yang menguntungkan.
Pusat ini mengendalikan dua (2) jenis kursus seperti berikut:
1. Kursus Asas Pertanian Enam (6) Bulan
Peserta kursus adalah terdiri daripada belia-belia muda berasal berlatar belakang keluarga pertanian dan mempunyai kelulusan minimum Penilaian Menengah Rendah (PMR) dari seluruh negara.
2. Kursus Khas Satu (1) Minggu
Kursus ini disasarkan kepada petani yang akan menjalankan pertanian secara persendirian atau pun secara berkelompok dengan memberikan latihan, pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan aspek pengurusan ladang. Peserta kursus yang dipilih menyertai Kursus ini adalah peserta projek pembangunan komoditi tanaman Jabatan Pertanian pada tahun semasa.
Peta |
Alamat |
Seksyen Pengurusan Daerah Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Sabah Aras 5, Wisma Pertanian Sabah, Jalan Tasik (Off Jalan Maktab Gaya) Luyang,Beg Berkunci No. 2050, 88632 Kota Kinabalu, Sabah |
Maklumat Perhubungan Lain |
Tel : 088-283222 / 220 Faks : 088-283222 E-mel : Rusnani.Ahmad@sabah.gov.my E-mel : Turmudzi.Purnomo@sabah.gov.my |