Majlis Perasmian Karnival Taman Pertanian Sabah 2023
Majlis Perasmian Karnival Taman Pertanian Sabah 2023 diadakan pada 26 Ogos 2023 dan dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan Timbalan Ketua Menteri I/Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makananan Sabah. Karnival ini dilangsungkan selama 10 hari iaitu dari 25 Ogos hingga 3 September di Taman Pertanian Sabah, Tenom. Pelbagai aktiviti menarik diadakan dan dibuka kepada pengunjung Taman Pertanian Sabah.