FORMAT PERLAWANAN SUKAN SEMPENA SEMINAR KECERGASAN KE-11 JABATAN PERTANIAN SABAH 2023
3 – 6 FEBRUARI 2023 DI KOMPLEKS SUKAN TUN ADNAN, YAYASAN SABAH, KOTA KINABALU.
BILJENIS SUKANBILANGAN PEMAIN BERDAFTAR (MIN)BILANGAN PEMAIN BERDAFTAR (MAKS)RINGKASAN FORMAT DAN SYARAT PERTANDINGAN
1Bola Sepak (L)18 orang11 orang
Semasa perlawanan mesti ada ≥ 1 pegawai, ≥ 1 veteran (kakitangan tetap), 4 orang kakitangan tetap dan maksima 5 orang Pekerja Sambilan Harian (PSH) dalam padang.Penganjur berhak menyemak kesahihan kategori semua pemain. Semua 7 orang pemain gantian dibenarkan dalam setiap perlawanan namun komposisi pemain harus dipatuhi. Tiada tambahan masa jika seri selepas 90 minit permainan. Pemenang ditentukan melalui 5 tendangan penalti, jika masih seri maka tendangan penalti secara ’sudden death’ akan dilakukan. Permainan dijalankan secara kalah mati.
2Badminton (L)11 orang8 orang
2 perseorangan terbuka, 2 bergu terbuka dan 1 bergu veteran. Seorang bermain sekali sahaja. Permainan dijalankan secara kalah mati.
3Badminton (W)7 orang5 orang
1 perseorangan terbuka, 1 bergu terbuka dan 1 bergu veteran. Seorang bermain sekali sahaja. Permainan dijalankan secara kalah mati.
4Ping Pong (L)11 orang8 orang
2 perseorangan terbuka, 2 bergu terbuka dan 1 bergu veteran. Semua peringkat perlawanan berdasarkan 3 set. Seorang bermain sekali sahaja. Permainan dijalankan secara kalah mati.
5Ping Pong (W)7 orang5 orang
1 perseorangan terbuka, 2 bergu terbuka. Semua peringkat perlawanan berdasarkan 3 set. Seorang bermain sekali sahaja. Permainan dijalankan secara kalah mati..
6Bola Tampar (L)9 orang6 orang
Mesti ada ≥ 1 veteran dalam setiap set. Permainan berdasarkan 3 set pada semua peringkat pertandingan. Permainan dijalankan secara kalah mati.
7Bola Tampar (W)9 orang6 orang
Terbuka dan permainan berdasarkan 3 set pada semua peringkat pertandingan. Permainan dijalankan secara kalah mati.
8Tenis (L)8 orang4 orang
3 bergu terbuka. Semua perlawanan berdasarkan pro set hingga 8. Jika terikat 7 sama, maka super tie-break (first to reach 10) akan dijalankan. Seorang bermain sekali sahaja. Permainan dijalankan secara kalah mati.
9Sepak Takraw (L)12 orang9 orang
2 regu terbuka dan 1 regu veteran. Permainan berdasarkan 3 set. Seorang bermain sekali sahaja. Permainan dijalankan secara kalah mati.
10Bola Jaring (W)10 orang7 orang
Terbuka. Mengandungi 2 separuh masa iaitu setiap separuh masa selama 15 minit dan rehat separuh masa adalah 5 minit. Jika seri maka peraturan nombor 3.5 dalam Buku Peraturan dan Syarat Pertandingan akan digunapakai. Permainan dijalankan secara kalah mati.
11Dart (C)12 orang8 orang
Permainan berdasarkan 3 set dan kiraan bagi lelaki adalah 501 dan kiraan bagi wanita adalah 301. Bagi wanita, jika kedua-dua pemain sudah mendapat ‘house’ maka maksima 10 kali pusingan balingan diberikan, jika belum juga dapat ‘chech out’ maka penentuan pemenang ditentukan dengan cara setiap pemain membaling 1 dart ke arah ‘bull’. Pemain yang membaling dart paling hampir dengan ‘bull’ akan dikira pemenang. Permain berdasarkan 5 kategori iaitu 1 perseorangan lelaki, 1 perseorangan Wanita, 2 bergu lelaki dan 1 bergu Wanita. Seorang bermain sekali sahaja. Permainan dijalankan secara kalah mati.
12Futsal (L)10 orang5 orang
Semasa permainan setiap pasukan perlu mengandungi ≥ 1 pegawai, ≥ 1 veteran (kakitangan tetap), ≥ 2 kakitangan tetap dan maksima 1 orang pekerja (sambilan). Kesemua 5 pemain gantian dibenarkan bermain. Masa perlawanan adalah 20 minit (10 minit separuh masa dan rehat 5 minit). Sekiranya keputusan seri, maka pemenang ditentukan dengan 3 penalti setiap pasukan. Jika seri lagi maka tendang secara ’sudden death’ akan dilakukan. Permainan dijalankan secara liga dalam kumpulan. Johan dan naib johan kumpulan akan bermain di perlawanan separuh akhir.
13Futsal (W)10 orang5 orang
Semasa permainan setiap pasukan perlu mengandungi sekurang-kurangnya seorang pegawai dan seorang kakitangan tetap mesti bermain di sepanjang perlawanan. Kesemua 5 pemain gantian dibenarkan bermain. Masa perlawanan adalah 15 minit (7 minit separuh masa dan rehat 1 minit). Sekiranya keputusan seri, maka pemenang ditentukan dengan 3 penalti setiap pasukan. Jika seri lagi maka tendang secara ’sudden death’ akan dilakukan. Permainan dijalankan secara liga dalam kumpulan. Johan dan naib johan kumpulan akan bermain di perlawanan separuh akhir.
14Karum (C)10 orang8 orang
Pemain adalah dalam kategori terbuka. Format pertandingan adalah 1 bergu lelaki, 1 bergu wanita, 1 bergu campuran, 1 single lelaki dan 1 single wanita. Seorang hanya boleh bermain sekali sahaja dalam setiap perlawanan. Seorang pegawai (Gred 27 ke atas) mesti bermain pada mana-mana bergu atau perseorangan. Pusingan awal adalah liga kumpulan, di mana johan dan naib johan setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir.
15Larian Hijau (C)5 orang bagi setiap kategori
1. Kategori: (a) Lelaki Terbuka (7 km); (b) Wanita Terbuka (5 km); (c) Lelaki Veteran (5 km) dan (d) Wanita Veteran (3 km)

2. Pungutan mata: (a) Johan = 7 mata; (b) Naib Johan = 5 mata; (c) Ketiga = 3 mata; (d) Ke-4 hingga ke-10 = 1 mata

3. Pasukan yang mengumpul mata terbanyak dikira pemenang

4. Sekiranya jumlah mata sama, bilangan pemenang larian akan diambil kira mengikut tempat kemenangan

5. Sekiranya jumlah mata masih sama maka merit (jumlah penyertaan setiap zon) akan diambil kira.
16Jalan Kaki (Fun Walk) (C)5 orang minima bagi setiap kategori (i hingga vi) dan 1 hingga 5 orang untuk kategori (v) dan (vi)
1. Kategori: (i) Lelaki Terbuka (5 km), (ii) Wanita Terbuka (5 km), (iii) Lelaki Veteran (5 km), (iv) Wanita Veteran (5 km),
(v) VIP Lelaki Gred 44 ke atas (5 km) dan (vi) VIP Wanita Gred 44 ke atas (3 km)

2. Pungutan mata hanya diambil bagi acara (i) hingga (iv).

3. Pungutan mata: (a) Johan = 7 mata; (b) Naib Johan = 5 mata; (c) Ketiga = 3 mata; (d) Ke-4 hingga ke-10 = 1 mata

4. Pasukan yang mengumpul mata terbanyak dikira pemenang

5. Sekiranya jumlah mata sama, bilangan pemenang akan diambil kira mengikut tempat kemenangan

6. Sekiranya jumlah mata masih sama maka merit (jumlah penyertaan setiap zon) akan diambil kira

7. Semua peserta DIWAJIBKAN mengikuti acara ini KECUALI yang terlibat dengan acara Larian Hijau dan petugas.

8. Pasukan yang mengumpul mata terbanyak dikira pemenang

9. Sekiranya jumlah mata sama, bilangan pemenang larian akan diambil kira mengikut tempat kemenangan

10. Sekiranya jumlah mata masih sama maka merit (jumlah penyertaan setiap zon) akan diambil kira.
17E-Sport3 orang setiap zon
18PerbarisanSemua peserta
1. Perbarisan dipertandingkan namun tidak diambilkira sebagai pungutan pingat. Walau bagaimanapun jika didapati 2 atau lebih zon mempunyai bilangan pingat yang sama maka pasukan yang mendapat tempat tertinggi dalam acara perbarisan akan dikira sebagai pemenang.

2. Semua peserta diwajibkan berbaris kecuali petugas dan pihak atasan yang perlu berada bersama Pengarah Pertanian semasa perasmian

Nota :   Kategori Veteran Lelaki (³ 45 tahun ) & Veteran Wanita (³ 35 tahun ) pada tahun pertandingan (lahir pada tahun 1978 bagi lelaki dan 1988 bagi wanita);  Kategori Pegawai  =  Gred 27 ke atas

JADUAL PERLAWANAN

KEPUTUSAN PERLAWANAN

PERATURAN SEMINAR KECERGASAN

UNDIAN PERLAWANAN

KEDUDUKAN PUNGUTAN PINGAT

BUKU CENDERAMATA

"THROWBACK" SEMINAR KECERGASAN TAHUN 2018

Facebook Fanpage Rasmi

Hubungi Kami

Jumlah Pelawat

689932

Kali Terakhir Dikemas Kini : 25/04/2024 8:49 PM


BORANG MAKLUM BALAS PENGGUNA

Maklumbalas Penilaian Laman Web

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Pertanian Sabah 2007 – 2024

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hak Cipta | Soalan Lazim

 

 

Paparan Terbaik: Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Google Chrome dan Mozilla Firefox 4.0 dengan resolusi 1280 x 768 dan ke atas. 

Jabatan Pertanian Sabah
// Put this code snippet inside script tag