



SOALAN UMUM
Anda boleh dapatkan maklumat perhubungan kakitangan Jabatan Pertanian Sabah di Bahagian Direktori. Berikut adalah maklumat perhubungan yang tersedia:
- Nama
- E-mel
- Nombor telefon pejabat
- Bahagian/Seksyen
- Alamat ringkas bertugas
Waktu Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Sabah adalah seperti berikut:
Isnin hingga Jumaat (Kecuali cuti umum)
8.00 Pagi – 5.00 Petang
Sabtu, Ahad dan cuti umum tidak beroperasi.
Namun, pihak Jabatan mempunyai hak untuk mengubah waktu beroperasi di atas sekiranya terdapat kekangan atau atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pihak Jabatan akan berusaha sedaya upaya untuk membuat pemakluman umum sekiranya perlu. Terima kasih.
Anda boleh membuat permohonan untuk mengiklankan iklan-iklan berikut di laman web Jabatan Pertanian Sabah:
- Iklan tender/sebutharga
- Iklan pengambilan pelajar
- Iklan lot TKPM untuk disewa
- Iklan-iklan berkaitan Jabatan Pertanian Sabah yang lain
Anda diwajibkan mengisi borang permohonan ICT 4 terbaru (Klik di sini untuk memuat turun borang) untuk membuat permohonan.
Anda boleh menghubungi Seksyen Pembangunan Modal Insan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengambilan/penempatan pelajar latihan industri.
Jabatan Pertanian Sabah mengalu-alukan permohonan anda sebagai pelajar Institut Pertanian Sabah. Kami akan mengiklankan pengambilan pelajar di slider bahagian depan laman web kami.
Anda boleh mengikuti perkembangan kemas kini tender/sebutharga Jabatan Pertanian Sabah di halaman berikut:
SOALAN KAKITANGAN DALAMAN
Tempahan bilik mesyuarat di Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Sabah boleh dibuat melalui pautan di bawah:
Anda harus menghubungi Seksyen Digital Pertanian untuk mendapatkan khidmat nasihat(rundingan) bagi masalah berkaitan perkakasan komputer anda. Anda diwajibkan untuk mengisi dan menghantar perkakasan komputer anda bersama borang ICT 1 (klik di sini untuk memuat turun).
Anda boleh membuat permohonan untuk mengiklankan sebutharga/tender, acara besar, dan lain-lain di laman web Jabatan. Anda diwajibkan mengisi borang ICT4 terbaru (Sila klik di sini untuk memuat turun borang).
Bantuan Lanjut
Anda boleh menghubungi Pegawai Khidmat Pelanggan kami untuk mendapatkan maklumat atau bantuan lanjut di maklumat perhubungan di bawah:
No. telefon pejabat: 088-283283
Lokasi : Jabatan Pertanian Sabah, Wisma Pertanian Sabah, Aras 5, Blok A, Jalan Tasik Luyang. Kota Kinabalu, Sabah