Seksyen Pentadbiran
Seksyen ini mengurus dan melaksanakan urusan yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia pegawai dan kakitangan Jabatan Pertanian Sabah serta pengurusan fail dan rekod selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008 dan peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.
a. Memastikan pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah dan Surat Pekeliling yang dikeluarkan oleh SKN, JPAN, Kementerian Kewangan, Jabatan Bendahari Negeri dan SPAN.
b. Memastikan Hal Ehwal Perkhidmatan Sumber Manusia berkaitan pengambilan, penempatan, saraan, kenaikan pangkat, pengesahan jawatan, pemangkuan dan menanggung tugas, kemudahan rawatan, cuti, urusan Tatatertib serta Pengurusan Fail dan Rekod Jabatan teratur selaras dengan PPPANS 2008 dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa
c. Memastikan Data dan Maklumat (SM2 dan Buku Perkhidmatan) pegawai Jabatan Pertanian Sabah dikemaskini dari semasa ke semasa
d. Memastikan pelaksanaan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) didakan mengikut sukuan (4 kali setahun)
e. Memastikan pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR) diadakan 3 kali setahun
f. Memastikan urusan pelantikan Pekerja Sambilan Harian (PSH) teratur mengikut Pekeliling Kerajaan yang sedang berkuatkuasa
g. Memastikan Waran Perjalanan Udara Awam dilaksanakan dengan teratur dan urusan pembayaran dalam tempoh yang telah ditetapkan.
h. Memastikan pelaksanaan e-prestasi kakitangan Jabatan diisi dengan teratur mengikut garis panduan yang telah disediakan oleh JPAN
Peta |
Alamat |
Seksyen Pentadbiran Sumber Manusia Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Sabah Aras 5, Wisma Pertanian Sabah, Jalan Tasik (Off Jalan Maktab Gaya) Luyang,Beg Berkunci No. 2050, 88632 Kota Kinabalu, Sabah |
Maklumat Perhubungan Lain |
Tel : 088-283299/218/217 Faks : 088-239046 E-mel : @sabah.gov.my |