Seksyen Pembangunan Tanaman Padi
Seksyen Pembangunan Tanaman Padi merupakan salah satu seksyen di bawah Bahagian Pengembangan dan Pembangunan, Jabatan Pertanian Sabah. Seksyen ini diketuai oleh seorang Penolong Pengarah Pertanian dan dibantu oleh seorang Pegawai Pertanian, seorang Penolong Pegawai Pertanian Kanan dan seorang kakitangan sokongan.
Seksyen ini berfungsi untuk merancang, melaksana dan menyelaras program pemberian subsidi pembajakan sawah, projek-projek pemulihan tanah sawah terbiar, penyelarasan dan pemantauan padi bukit serta program-program ad hoc Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan (MoA).
- Menggalakkan penanaman sawah padi di kawasan fizikal sawah seluas 30,000 hektar setiap tahun di Negeri Sabah.
- Memastikan bahawa pesawah yang layak, menerima subsidi pembajakan sawah padi mengikut Polisi dan Prosedur Pelaksanaan Subsidi Tanaman Padi.
- Menggalakan pemulihan semula kawasan tanah sawah terbiar supaya menjadi produktif secara berterusan.
- Menggalakkan Amalan Pertanian Baik (APB) kepada para pesawah.
Program Subsidi Pembajakan Sawah Padi
Tujuan utama pelaksanaan projek ini adalah untuk memberi bantuan subsidi pembajakan tanah sawah dalam usaha meningkatkan keluasan dan hasil pengeluaran padi para petani, di samping membabntu Kerajaan Negeri Sabah dalam menyumbang peningkatan pengeluran beras negeri. Bantuan subsidi Pembajakan Sawah Padi ini diberikan kepada para petani yang layak dan mematuhi peraturan serta syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pertanian Sabah dengan kadar RM494.00 sehektar tanpa had keluasan.
Peta |
Alamat |
Seksyen Pembangunan Tanaman Padi Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Sabah Aras 7, Wisma Pertanian Sabah, Jalan Tasik (Off Jalan Maktab Gaya) Luyang,Beg Berkunci No. 2050, 88632 Kota Kinabalu, Sabah |
Maklumat Perhubungan Lain |
Tel : 088-283231 Faks : 088-283232 E-mel : AbdHamid.Harun@sabah.gov.my |