Seksyen Pengembangan & Transformasi Teknologi Pertanian
Skop
Halatuju
Hubungi Kami
Seksyen Pengembangan & Transformasi Teknologi Pertanian merupakan pengerak dan penyelaras perkhidmatan pengembangan pertanian jabatan. Fungsi-fungsi seksyen ini adalah seperti berikut:-
- Memberi khidmat sokongan latihan kepakaran dan teknikal Amalan Pertanian Baik kepada agen pengembangan di peringkat daerah dan kepada golongan sasar bagi aktiviti tertentu
- Memberi khidmat kepakaran di dalam perancangan dan penyediaan program pengembangan dan bertanggungjawab di dalam merangka program pengembangan tahunan Jabatan dan pelaporan pelaksanaannya
- Sebagai badan penghubung teknologi pertanian di antara badan-badan penyelidikan dengan masyarakat tani dan sebaliknya dan mengenalpasti keperluan maklumat khususnya kepada Bahagian Penyelidikan
- Mengkaji kemudahan-kemudahan pengembangan yang diperlukan berhubung dengan teknologi pengembangaan, tenaga manusia, peralatan dan prasarana
- Mengesan serta menyelia keberkesanan perkhidmatan pengembangan di peringkat daerah
Mengintensifkan penyampaian perkhidmatan pengembangan jabatan agar memenuhi keperluan kumpulan sasar dan berimpak tinggi dalam pembangunan pertanian dan masyarakat tani.
Peta |
Alamat |
Seksyen Pengembangan & Transformasi Teknologi Pertanian Peti Surat 582, 89208 Tuaran |
Maklumat Perhubungan Lain |
Tel : 088-787645 Faks : 088-788135 E-mel : Linda.Cosmas@sabah.gov.my |