Seksyen Kajian & Pengurusan Sumber Tanah
Membangun, mengurus, menyenggara dan membekal data spatial taburan guna tanah dan tanahtani merangkumi seluruh negeri Sabah serta menyediakan dan membekalkan maklumat kesesuaian tanah-tanaman bagi memastikan penggunaan dan pengurusan sumber tanah mampan dan mesra alam.
Melaksanakan kajian dan menyedia maklumat sumber tanah (guna tanah dan tanahtani) untuk digunakan dalam perancangan dan pelaksanaan program pembangunan tanah negeri Sabah.
Seksyen Kajian dan Pengurusan Sumber Tanah menyediakan perkhidmatan berikut:
a. Membekal peta taburan guna tanah skala 1:50,000 dan 1:25,000
b. Membekal peta digital taburan tanahtani skala 1:250,000
c. Menyediakan khidmat pemetaan khas untuk bahagian-bahagian/seksyen-seksyen di Jabatan Pertanian sahaja.
d. Maklumat kesesuaian tanah-tanaman untuk sesuatu kawasan.
e. Pemeriksaan kesesuaian tanah-tanaman di lapangan/ladang untuk pelbagai jenis tanaman dan khidmat nasihat langkah-langkah pengurusan tanah yang perlu dilaksanakan.
f. Pemeriksaan kesesuaian tanah/tapak untuk Persijilan myGAP dan myOrganik.
g. Penerapan penggunaan Sistem AlaRM (Agricultural Land and Resource Management System) kepada warga Jabatan Pertanian
h. Mengemaskini 63 garan tanah separa terperinci merangkumi keluasan 20,000 hektar;
i. Pemeriksaan tapak untuk pensjilan myGAP dan myOrganic dengan sasaran 100 ladang;
j. Menjalankan penyelidikan terhadap anggaran pengeluaran hasil tanaman padi di Kota Belud menggunakan teknologi remote sensing;
k. Mengenalpasti kawasan-kawasan terbiar di seluruh Sabah yang boleh dibangunkan untuk pengeluaran tanaman makanan
l. Menjalankan penyelidikan terhadap faktor erodibiliti (nilai K) dalam pengiraan kadar hakisan tanah bercerun
ALAMAT Seksyen Kajian dan Pengurusan Sumber Tanah, Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Sabah, Aras 5, Blok A, Wisma Pertanian Sabah, Jalan Tasik Luyang Off Jalan Maktab Gaya, Beg Berkunci 2050, 88632 Kota Kinabalu, Sabah TELEFON ■Kerani fail/am: (+6)088-283250 ■Ketua Penolong Pengarah (Seksyen Kajian dan Pengurusan Sumber Tanah): (+6)088-283226 ■Ketua Pegawai Penyelidik (Survei Tanah): (+6)088-788590 ■Pegawai Penyelidik Kanan (Pemuliharaan Tanah): ■Pegawai Penyelidik (Unit Gunatanah): (+6)088-283248 ALAMAT E-MEL Ketua Pegawai Penyelidik (Seksyen Kajian dan Pengurusan Sumber Tanah): ■En. Roslan Mahali Pegawai Penyelidik (Unit Survei Tanah): ■(Kosong) Pegawai Penyelidik Kanan (Unit Pemuliharaan Tanah): ■En. Jutom Ongkosing Pegawai Penyelidik (Unit Gunatanah): ■Pn. Fariza Ismail Celestial FAKSIMIL ■Seksyen Kajian dan Pengurusan Sumber Tanah dan Unit Gunatanah: ■Unit Survei Tanah dan Unit Pemuliharaan Tanah:
(+6)088-788590
Roslan.Mahali@sabah.gov.my
_@sabah.gov.my
Jutom.Ongkosing@sabah.gov.my
Fariza.IsmailCelestial@sabah.gov.my
(+6)088-239046
(+6)088-283270
(+6)088-283226
(+6)088-788548