Majlis Apresiasi Perkhidmatan Awam (MAPA) Tahun 2024
Jabatan Pertanian Sabah hari ini telah mengadakan Majlis Apresiasi Perkhidmatan Awam (MAPA) tahun 2024 bertempat di Grand Ballroom,ITCC Penampang. Majlis telah disempurnakan oleh Datuk Zainudin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.
Sambutan Majlis Apresiasi Perkhidmatan Awam ini diadakan setiap tahun dengan tujuan untuk menghargai dan memberi pengiktirafan kepada warga Jabatan yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang melalui Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan kumpulan kerja yang berjaya mengurus serta menghasilkan kerja berkualiti dan berinovasi yang mengangkat prestasi Jabatan. Tidak dilupakan juga, Jabatan turut memberi penghargaan kepada Pekerja Sambilan Harian yang memiliki kemahiran khas.
Majlis ini juga menyaksikan pelancaran Pelan AntiRasuah Jabatan Pertanian Sabah (2023-2026).
Pada kali ini seramai 37 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun penilaian 2023, 5 orang penerima Anugerah Kemahiran Khas, dan 66 orang pesara dan bakal pesara bagi tahun 2024.








