Home Aktiviti Semasa Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Coffee House Dan Cafe Coffeelive Sepulut, Nabawan

Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Coffee House Dan Cafe Coffeelive Sepulut, Nabawan

by Jabatan Pertanian Sabah

MAJLIS PECAH TANAH PROJEK PEMBINAAN COFFEE HOUSE DAN CAFE COFFEELIVE SEPULUT, NABAWAN

Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap Ahli Parlimen P.182 Pensiangan di Stesen Pertanian Sepulut, Nabawan.
Majlis Pecah Tanah pada hari ini diadakan bagi menandakan permulaan rasmi Projek Pembinaan Coffee House dan Café Coffeelive. Projek Pembinaan Coffee House adalah bertujuan untuk memberi kemudahan pemprosesan hiliran bagi hasil tanaman kopi yang dikeluarkan oleh pengusaha di daerah Nabawan dan daerah berhampiran iaitu Sook. Dijangkakan Coffee House ini, akan menerima sebanyak 248 tan hasil tanaman kopi setahun iaitu 90 tan dari daerah Nabawan yang berkeluasan 149 hektar, dan 158 tan dari daerah Sook yang berkeluasan 192.6 hektar. Untuk memastikan sumber bekalan air tersedia bagi kegunaan Coffee House dan Café Coffeelive serta Coffee Garden, Bekalan Air Graviti Bersih Teknologi Hijau berkapasiti 18,000 liter, telah dibina lebih awal. Kos keseluruhan Projek Pembinaan Coffee House dan Café Coffeelive termasuk Projek Bekalan Air Graviti Bersih Teknologi Hijau dan kelengkapan mesin pemprosesan adalah berjumlah RM 2.24 juta. Peruntukan bagi membiayai projek ini disalurkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di bawah Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan Tahun 2024: Mengoptimum Penggunaan Tanah dengan Kerjasama Kerajaan Negeri.
Pelaksanaan projek ini akan dapat mengangkat produk kopi sebagai signature product daerah dan negeri Sabah, menambah nilai produk daripada kopi melalui aktiviti pemprosesan, mengelak lambakan buah kopi segar, membangun sosioekonomi pertanian di daerah pengeluar kopi tanah rendah dan menyokong Pembangunan Agropelancongan. Syabas dan tahniah.
 
𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗝𝗨 𝗝𝗔𝗬𝗔

Facebook Fanpage Rasmi

Hubungi Kami

Jumlah Pelawat

778600

Kali Terakhir Dikemas Kini : 19/02/2026 12:05 PM


BORANG MAKLUM BALAS PENGGUNA

Maklumbalas Penilaian Laman Web

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Pertanian Sabah 2007 – 2025

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hak Cipta | Soalan Lazim

 

 

Paparan Terbaik: Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Google Chrome dan Mozilla Firefox 4.0 dengan resolusi 1280 x 768 dan ke atas. 

Jabatan Pertanian Sabah
// Put this code snippet inside script tag