708
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Sawah Satelit Benih Padi Sah
Majlis ini diadakan di Hotel Hilton Kota Kinabalu dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Peto Galim, Pembantu Menteri II Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industi Makanan Sabah bagi mewakili Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah.
Memorandum Persefahaman ini melibatkan 374 orang pengusaha tanaman padi dari 13 buah kampung iaitu:
i. Kampung Rampazan, Kopimpinan dan Novoung di daerah Papar;
ii. Kampung Kalibatang Baru di daerah Tenom;
iii. Kg. Kuangoh, Bingkor Baru, Bingkor Lama dan Lambanga di daerah Keningau; serta
iv. Kampung Piasau, Tambulion, Labuan, Kotabungan dan Tanjung Batu di daerah Kota Belud.

Pelaksanaan program ini melibatkan tiga buah Pusat Pengeluaran Benih Padi Jabatan Pertanian dengan jumlah kapasiti 4,500 tan iaitu, Pusat Pengeluaran Benih Padi Kimanis, Papar, Pusat Pengeluaran Benih Padi dan Tanaman Kontan, Tenom dan Pusat Pengeluaran Benih Padi, Timbang Menggaris, Kota Belud dengan penyelarasan Seksyen Pengeluaran dan Pengagihan Bahan Tanaman, Bahagian Pengembangan dan Pembangunan Industri Tanaman.
𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗝𝗨 𝗝𝗔𝗬𝗔