Majlis Peluncuran Penamaan Avocado QAV1 kepada Avocado Quoin Sabah pada 03hb Ogos 2025 bertempat di Pavilion Sabah, Sabah International Convention Centre
Majlis Peluncuran Penamaan Avocado QAV1 kepada Avocado Quoin Sabah pada 03hb Ogos 2025 bertempat di Pavilion Sabah, Sabah International Convention Centre.
Avocado QAV1 merupakan varieti hasil penyelidikan daripada Jabatan Pertanian Sabah. Sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) yang ke-50 tahun, Majlis Peluncuran Penamaan Avocado QAV1 kepada Avocado Quoin Sabah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri I/Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah. Yang Berhormat Menteri menyerahkan buah Avocado Quoin Sabah kepada Yang Berhormat Dato Sri Dr. Stephen Rundi Anak Utom, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak sebagai simbolik penyempurnaan penamaan Avocado Quoin Sabah.
Turut hadir, Yang Berbahagia Datuk Leornard Stephen Poyong, Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Yang Berbahagia Datuk Ts. Jifrin Hj. Mohamad, Pengarah Pertanian Sabah dan Ketua-Ketua Jabatan/agensi dibawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah.
Yang Berbahagia Datu Sirai Anak Daha, Setiausaha Tetap Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak beserta Yang berbahagia Tuan Dominic Anak Chunggat, Pengarah Pertanian Sarawak turut hadir mewakili rombongan negeri Sarawak.
Jabatan Pertanian Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan & terima kasih kepada Mr. Duane Evans, Pengerusi Sabah Durian & Tropical Fruit Planters Association (MaSDa) dan semua ahli-ahli MaSDa kerana berusaha memajukan dan meningkatkan hasil pengeluaran tanaman Avocado khususnya di negeri Sabah.









