Home Aktiviti Semasa Majlis Perasmian Hari Terbuka Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran

Majlis Perasmian Hari Terbuka Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran

by Jabatan Pertanian Sabah

Majlis Perasmian Hari Terbuka Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran

Hari Terbuka Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran telah membuka tirainya pada hari ini, 23 Ogos 2025 bertempat di Kompleks Pertanian Tuaran.

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Peto Galim, Pembantu Menteri II Kementerian Pertanian,Perikanan dan Industri Makanan Sabah bagi mewakili Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.

Dua varieti padi baharu hasil daripada penyelidikan Jabatan Pertanian Sabah diperkenalkan iaitu varieti padi sawah TR 11 (Padi Wangi Kinabalu) dan padi tanah kering TDR 1 (Parai Tindal). Kedua-dua varieti ini berpotensi besar ditanam secara komersial yang lebih mampan dan menguntungkan. Jabatan turut melancarkan Buku Teknologi Padi Tanah Kering sebagai panduan kepada petani penanam padi tanah kering khususnya di Sabah.

Sempena pelancaran varieti padi baharu, penyerahan benih padi varieti TR 11 turut diberikan kepada pengusaha pertanian dan GLC yang terlibat dalam industri padi di Sabah.

Facebook Fanpage Rasmi

Hubungi Kami

Jumlah Pelawat

778596

Kali Terakhir Dikemas Kini : 19/02/2026 12:05 PM


BORANG MAKLUM BALAS PENGGUNA

Maklumbalas Penilaian Laman Web

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Pertanian Sabah 2007 – 2025

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hak Cipta | Soalan Lazim

 

 

Paparan Terbaik: Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Google Chrome dan Mozilla Firefox 4.0 dengan resolusi 1280 x 768 dan ke atas. 

Jabatan Pertanian Sabah
// Put this code snippet inside script tag