Mesyuarat Tahunan Jabatan Pertanian Sabah Ke-43 Tahun 2025
Majlis Perasmian Mesyuarat Tahunan Jabatan Pertanian Sabah kali ke-43 Tahun 2025 telah diadakan pada 8 September 2025 bertempat di Nexus Resort & Spa, Karambunai.
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Peto Galim, Pembantu Menteri II, Kementerian Pertanian,Perikanan dan Industri Makanan Sabah bagi mewakili Yang Behormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G.Kitingan, Menteri Pertanian,Perikanan dan Industri Makanan Sabah. Turut hadir, Datuk Leonard Stephen Poyong, Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian,Perikanan dan Industri Makanan Sabah.
Turut dilancarkan Sistem Pengambilan Pelajar Pertanian. Jabatan turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah yang diwakili Puan Noraini Matali, Timbalan Pengarah (Bahagian Pembangunan Aplikasi) yang membantu dalam pembangunan Sistem Pengambilan Pelajar Pertanian Ini. Mesyuarat Tahunan ini merupakan acara tahunan yang diadakan bagi membincangkan pencapaian program tahun 2024 dan sasaran untuk tahun 2025 bagi setiap program/projek yang dilaksanakan di bawah Jabatan Pertanian Sabah. Mesyuarat ini juga dijadikan platform bagi mempersiapkan warga jabatan menghadapi RMK13 bermula tahun 2026.









