Home Aktiviti Semasa Program Kesedaran myGAP & myOrganic Kundasang Tahun 2026

Program Kesedaran myGAP & myOrganic Kundasang Tahun 2026

by Jabatan Pertanian Sabah
Majlis Peluncuran ini disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri / Menteri Kerja Raya & Utiliti Sabah / ADUN N.36 Kundasang yang diadakan di Dewan Terbuka Pentas Budaya, Kundasang.
 
Turut hadir ialah YBhg. Datuk Ts. Hj. Jifrin Hj. Mohamad (Pengarah Pertanian Sabah), Tuan Tinus Bin Manggam (Pegawai Daerah Ranau), Tuan Elmer Endra Datuk Matius Sator (Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Ranau), wakil kepada YDH Supt. Mursalin bin Mahmud (Ketua Polis Daerah Ranau), wakil-wakil Ketua Jabatan di daerah Ranau dan dif-dif jemputan yang lain.
 
Program ini merupakan inisiatif penting jabatan dalam usaha memberi kesedaran kepada pengusaha untuk mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) atau Perladangan Organik dan seterusnya mendapat Pensijilan myGAP atau myOrganic agar kawasan Kundasang diangkat sebagai pengeluar utama tanaman makanan yang berkualiti serta selamat di makan oleh seluruh rakyat di negeri Sabah.
 
Program ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pengguna agar lebih peka dalam memilih makanan berasaskan produk pertanian yang berkualiti dan selamat dimakan yang diiktiraf melalui Pensijilan myGAP atau myOrganic.
 
Tahniah diucapkan kepada Seksyen Pengembangan dan Tranformasi Teknologi Pertanian dan Pejabat Pertanian Daerah Ranau atas usaha dan komitmen dalam menjayakan program ini.
 
Sabah Maju Jaya.

Facebook Fanpage Rasmi

Hubungi Kami

Jumlah Pelawat

795140

Kali Terakhir Dikemas Kini : 10/07/2026 4:51 PM


BORANG MAKLUM BALAS PENGGUNA

Maklumbalas Penilaian Laman Web

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Pertanian Sabah 2007 – 2025

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hak Cipta | Soalan Lazim

 

 

Paparan Terbaik: Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Google Chrome dan Mozilla Firefox 4.0 dengan resolusi 1280 x 768 dan ke atas. 

Jabatan Pertanian Sabah
// Put this code snippet inside script tag