𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐇-𝐁𝐔𝐀𝐇𝐀𝐍 𝑰𝑵𝑫𝑰𝑮𝑬𝑵𝑶𝑼𝑺 2026
Majlis perasmian Pesta Bunga dan Buah-Buahan 𝘐𝘯𝘥𝘪𝘨𝘦𝘯𝘰𝘶𝘴 telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Jamawi Haji Jaafar, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) Sabah merangkap ADUN N.42 Melalap.
Turut hadir, YB Datuk Haji Ruslan Muharam, Pembantu Menteri I MAFFI, YB Datuk Hendrus Anding, Pembantu Menteri II MAFFI, YB Tuan Riduan Rubin, Ahli Parlimen P.181 Tenom, YBhg. Tuan Jackson Ronald Jaimi, Pengarah Pertanian Sabah, Tuan Alexander Liew, Pegawai Daerah Tenom, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap MAFFI, Tuan Awg. Dzulkernain Awg. Hassan, Puan Maria David Edick dan Puan Shariffah Aznoor Jap yang hadir mewakili Setiausaha Tetap MAFFI, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan atau wakil, Timbalan-timbalan Pengarah Pertanian, Pegawai-pegawai Kanan Pertanian/Penyelidik, pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar daerah Tenom serta para pengunjung Taman Pertanian Sabah.
Majlis turut menyaksikan pelancaran Buku Pemuliharaan Orkid Liar Ex Situ Taman Pertanian Sabah Edisi 1 yang menghimpunkan koleksi orkid liar bagi memperkasa khazanah orkid liar di negeri Sabah.
Pesta Bunga dan Buah-Buahan Indigenous 2026 turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik dan berinformasi kepada para pengunjung, antaranya Achieve Your Dream Garden Today, Designing Landscaping, Edible Garden, Exploring Taman Pertanian Sabah, Pembiakan Buah-buahan, Pembiakan Orkid, Pembiakan Tumbuhan Hiasan, Penghasilan Kompos, Santai Memancing, Ternakan Kelulut dan Terrarium. Pelbagai aktiviti ini memberi peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan pengalaman secara langsung serta menambah pengetahuan berkaitan landskap, hortikultur, pemuliharaan tumbuhan, pertanian dan alam semula jadi.
YB Menteri turut berpeluang melawat tapak pertandingan basikal berhias, pameran landskap mini dan seterusnya pameran konservasi tumbuhan.









