MAJLIS PELUNCURAN THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS (MBR) HIGHEST ALTITUDE COFFEE PLANTATION 2026
Jabatan Pertanian Sabah telah melakar sejarah melalui Majlis Peluncuran The Malaysia Book of Records (MBR) Highest Altitude Coffee Plantation 2026 dan menerima pengiktirafan sebagai penanaman kopi tertinggi di Malaysia yang telah diadakan di Kg.Toboh Lama,Ranau.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin Manjun, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Sabah dan ADUN N.37 Karanaan.
Turut hadir, YB Datuk Hendrus Anding, Pembantu Menteri II Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah mewakili Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, YB Datuk Chong Chen Bin, Pembantu Menteri Kewangan I Kementerian Kewangan Negeri Sabah, YB Dato’ Sr. Mohd Ishak Ayub, Pembantu Menteri II Kementerian Kewangan Negeri Sabah, YBhg. Datuk Ts. Hj. Jifrin Hj. Mohamad, Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, YBhg. Tuan Jackson Ronald Jaimi, Pengarah Jabatan Pertanian Sabah, YBhg. Tuan Herry Awit, Pegawai Daerah Ranau, YBhg. Tuan Sr. Shaffri bin Baudi, Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sabah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Puan Siti Hajar Binti Johor, Panel The Malaysia Book of Records (MBR), Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri dan Pesekutuan serta wakil, Pengurusan Tertinggi, Pegawai-pegawai Kanan Jabatan, Ketua-Ketua Anak Negeri daerah Ranau dan komuniti Kg.Toboh Lama, Ranau.
Kawasan Highest Altitude Coffee Plantation yang terletak di Kampung Toboh Lama, Ranau adalah di zon ekologi tanah tinggi, dipengaruhi oleh jajaran Gunung Kinabalu, dengan jenis tanah Crocker Association, suhu lebih rendah, kelembapan lebih tinggi, taburan hujan konsisten (2,199 mm/tahun) dan udara sejuk. Kombinasi sempurna ini dapat menghasilkan kopi yang berkualiti tinggi.
Kopi Arabica Catimor yang ditanam di kawasan dengan ketinggian 1,444.429 meter paras aras laut menghasilkan biji kopi yang manis dan mempunyai nota rasa yang kompleks. Kopi ini juga mempunyai aroma floral dan fruity, acidity yang rendah hingga sederhana dan nota rasa seperti coklat dan karamel. Kopi ini sesuai digunakan sebagai specialty coffee.
Pengiktirafan detik bersejarah ini juga diumumkan secara siaran langsung dari lokasi Highest Altitude Coffee Plantation di puncak Bukit Kg.Toboh Lama,Ranau dan penyerahan sijil Malaysia Book of Records telah disampaikan oleh Puan Siti Hajar binti Johor
Sebagai simbol perkongsian kepajaran dan pencapaian bersama pihak JUPEN dan Jabatan Pertanian Sabah satu peta khas Ladang Kopi Tertinggi di Malaysia telah diserahkan kepada Pengarah Pertanian Sabah.
Majlis turut menyaksikan beberapa penyerahan:
1. Penyerahan Intensif Mesin Pengupas Kopi, Naiktaraf Premis Pemprosesan Ceri Kopi dan Rumah Pengeringan Kopi kepada Usahawan Agromakanan kepada Encik Fabian William Tambakau dari Kopi Ranau Berhad.
2. Penyerahan Intensif Agropelancongan kepada Koperasi Agro Kopi Ranau Berhad yang diterima oleh Puan Flora Golontuh, Setiausaha Koperasi Agri Kopi Ranau Berhad.
3. Penyerahan Pembungkusan Baharu Produk Hiliran Tanaman Kopi Tanah Tinggi kepada usahawan Agromakanan;
a) Encik Fabian William Tambakau (Koperasi Agro Kopi Ranau Bhd)
b) Puan Asimah Untong (RH Coffee)
c) Encik Wayne Liew Heng (Kinabalu Coffee Gateaway Sdn.Bhd.)
d) Puan Barbara Bongkok ( D’ Apai Enterprise)
Tahniah diucapkan kepada YBhg. Tuan Jackson Ronald Jaimi, Pengarah Pertanian Sabah, Puan Hjh. Suraya Hj. Jubahar, Timbalan Pengarah Pertanian selaku Pengerusi Penganjur majlis, Encik Kelvin Kalianon, Pegawai Pertanian Kanan daerah Ranau dan semua pegawai-pegawai serta kakitangan yang telah terlibat dalam menjayakan majlis ini.
sila layari fanpage rasmi Jabatan di
https://www.facebook.com/share/1JQdGnmvW5/?mibextid=wwXIfr
SABAH MAJU JAYA
Sekian perkongisian
ZoomTani
Jabatan Pertanian Sabah









