Program Kebangkitan Semangat Benih atau Seed Spirit Revival (SSR)
Program Kebangkitan Semangat Benih atau Seed Spirit Revival (SSR) dalam bahasa dusun “Monoguli Sunduan Linsou” dan “Manampasi Sunduvan Hinsou” dalam bahasa Kadazan merupakan program yang diperkenalkan oleh Jawatan Kuasa Induk Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah. Program yang di anjurkan setiap tahun bermula 2021 ini sekali lagi telah memberi kepercayaan kepada Jabatan Pertanian Sabah untuk menganjurkan program Seed Spirit Revival (SSR) dengan kolaborasi bersama Pusat Biodiversiti Sabah (SaBC) yang juga bersempena dengan sambutan International Day for Biological Biodiversity pada 22 Mei 2024 bertempat di Dewan Hongkod Koisaan KDCA, Penampang.
Program ini dianjurkan untuk mengenalpasti, mengumpul benih-benih atau bahan tanaman indeginous species yang semakin terancam sama ada tanaman makanan atau ubat-ubatan tradisional agar dapat dipulihara kembali. Pihak penganjur juga mengalu-alukan kehadiran seramai 21 orang delegasi Borneo Indigenous People daripada Kalimantan, Indonesia yang kebetulannya berada di Sabah bagi menghadiri persidangan Pembangunan Orang Asal Borneo 2024 di UMS pada 23-24 Mei 2024.
Majlis pelancaran Program Seed Spirit Revival telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri 1, merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah.









