583
Majlis Konvokesyen Pusat Latihan Vokasional Pertanian Lahad Datu Tahun 2024
Majlis Konvokesyen disempurnakan oleh YBhg. Tuan Jifrin Hj. Mohamad, Pengarah Pertanian Sabah. Turut hadir bersama, Puan Nadia Binti Hj Andak bagi mewakili Pegawai Daerah Lahad Datu. Timbalan-timbalan Pengarah Pertanian, Ketua-ketua Penolong Pengarah dan Penyelidik, Penolong-penolong Pengarah Pertanian, Pegawai-pegawai Pertanian dan Penyelidik Kanan, kakitangan Pusat Latihan Vokasional Pertanian, kakitangan Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Sabah, ibu bapa graduan dan wakil- wakil dari majikan latihan industri. Pada Konvokesyen kali ini, seramai 89 orang graduan telah menerima Sijil Vokasional Pertanian. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua graduan.









