Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah (HPPNS) Negeri Sabah 2024
Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah (HPPNS) Negeri Sabah 2024 telah membuka tirainya kepada pengunjung bermula pada 01 November dan berakhir pada 03 November 2024 dimana terdapat pelbagai gerai pameran dan jualan yang disertai oleh pelbagai Jabatan/Agensi/Pengusaha daripada Sektor Kerajaan dan Swasta. Jabatan Pertanian turut terlibat sebagai pempamer gerai pameran dan gerai promosi hasil pertanian.
Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah (HPPNS) 2024 yang bertemakan “Menuai Harapan, Membina Masa Depan” telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr.Jeffrey G. Datuk Kitingan, Timbalan Menteri 1 merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah bagi mewakili YAB Ketua Menteri Sabah. Yang Berhormat Datuk turut menyampaikan Sijil Pencapaian (High Achievers) dan penyampaian Anugerah-anugerah HPPNS 2024.









