Home Aktiviti Semasa Sesi Libat Urus Pembangunan Industri Tanaman Makanan Dan Latihan Pertanian Bersama Pemegang Taruh Dan Pemain Industri

Sesi Libat Urus Pembangunan Industri Tanaman Makanan Dan Latihan Pertanian Bersama Pemegang Taruh Dan Pemain Industri

by Jabatan Pertanian Sabah

Sesi Libat Urus Pembangunan Industri Tanaman Makanan Dan Latihan Pertanian Bersama Pemegang Taruh Dan Pemain Industri

Satu sesi Libat Urus Pembangunan Industri Tanaman Makanan Dan Latihan Pertanian Bersama Pemegang Taruh Dan Pemain Industri telah diadakan pada 04hb. November 2024 bertempat di Pacific Sutera Hotel, Kota Kinabalu

Sesi libat urus tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Jifrin Haji Mohammad, Pengarah Pertanian Sabah dan jemputan kehormat dalam sesi tersebut diantaranya ialah YBhg. Datuk Jasmine Teo, Pengarah UPEN Sabah, Ybhg. Tuan Awg. Dzulkernain Awg. Hassan, Timbalan Setiausaha Tetap, MAFFI Sabah, YBhg. Puan Maimun Yung Omar, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Pertanian), UPEN dan YBhg. Puan Myrna Jimenez @ Isabelo, Timbalan Setiausaha Tetap, MIDE Sabah.

Objektif Sesi libat urus ini adalah mendapatkan maklum balas daripada pemegang taruh Dan pemain industri tentang cabaran,peluang Dan inovasi yang dapat dimanfaatkan dalam usaha memperkasakan pembangunan industri tanaman makanan serta meningkatkan keberkesanan latihan pertanian di Sabah.

Seramai 89 peserta libat urus yang terdiri daripada pemegang taruh dan pemain industri bagi tanaman avokado dan durian, nanas, kelapa dan kopi, tanaman lain, pengendalian lepas tuai dan pemprosesan, agroperlancongan dan latihan pertanian.

Facebook Fanpage Rasmi

Hubungi Kami

Jumlah Pelawat

778609

Kali Terakhir Dikemas Kini : 19/02/2026 12:05 PM


BORANG MAKLUM BALAS PENGGUNA

Maklumbalas Penilaian Laman Web

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Pertanian Sabah 2007 – 2025

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hak Cipta | Soalan Lazim

 

 

Paparan Terbaik: Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Google Chrome dan Mozilla Firefox 4.0 dengan resolusi 1280 x 768 dan ke atas. 

Jabatan Pertanian Sabah
// Put this code snippet inside script tag