516
MAJLIS KONVOKESYEN INSTITUT PERTANIAN SABAH (IPS) KALI KE-52 TAHUN 2024
Majlis Konvokesyen Institut Pertanian Sabah (IPS) kali ke-52 bertempat di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara telah disempurnakan oleh YB Datuk Peto Galim, Pembantu Menteri II Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah bagi mewakili Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr.Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian,Perikanan dan Industri Makanan Sabah. Pada kali ini, seramai 106 orang graduan kumpulan ke-27 telah berjaya menamatkan dan mendapat sijil pertanian selepas 2 tahun tempoh pengajian.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua graduan.









