808
Majlis Apresiasi Perkhidmatan Awam (MAPA) Jabatan Pertanian Sabah Tahun 2025
Jabatan Pertanian Sabah telah mengadakan Majlis Apresiasi Perkhidmatan Awam (MAPA) Tahun 2025 pada 22 April 2025 bertempat di Ballroom Wisma Wanita, Kota Kinabalu. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.
Seramai 44 orang kakitangan yang bersara pada tahun 2024, 2025 termasuk persara pilihan dan terbitan telah menerima penghargaan Perkhidmatan Awam sebagai tanda terima kasih sepanjang perkhidmatan. Kali ini, seramai 61 kakitangan telah diberikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 2 kakitangan diberikan bagi Anugerah Kemahiran Khas dan 10 penganugerahan bagi Anugerah Kualiti bagi tahun 2025.
Majlis kali ini turut menyaksikan simbolik Penyampaian Pengiktirafan Skim Akreditasi Makmal Malaysia yang diberikan kepada Makmal Kimia, Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran.
Syabas dan tahniah diucapkan.









