1.1K
Majlis Amanat Pengarah Jabatan Pertanian Sabah Tahun 2026
Majlis Amanat Pengarah Jabatan Pertanian Sabah, YBhg. Datuk Ts. Jifrin Hj. Mohamad telah di adakan di Nexus Resort & Spa Karambunai dengan tema, “Shaping Agricultural Development Amid Future Challenges”. Majlis telah dihadiri oleh Puan Hjh. Suraya Hj. Jubahar (Timbalan Pengarah Pertanian, Bahagian Operasi & Latihan) selaku pengerusi penganjur, Puan Zarinah Hj. Ali (Timbalan Pengarah Pertanian, Bahagian Dasar & Perancangan Strategik), En. Jackson R. Jaimi (Timbalan Pengarah Pertanian, Bahagian Pengembangan & Pembangunan Industri Tanaman), Ketua-ketua Penolong Pengarah Pertanian/Penyelidik, Penolong-penolong Pengarah Pertanian/Penyelidik, Pegawai-pegawai Pertanian/Penyelidik dan sebahagian kakitangan Jabatan Pertanian Sabah.
Majlis amanat kali ini turut menyaksikan pelancaran sistem aplikasi e-ATC bagi memperbaharui sistem pengurusan latihan yang di buat secara manual. Pelancaran ini juga sebagai tanda sokongan untuk mentransformasikan digital Jabatan serta menyediakan pangkalan data latihan yang lebih sistematik.
“SABAH MAJU JAYA”









