Majlis Apresiasi Perkhidmatan Awam (MAPA) Jabatan Pertanian Sabah Tahun 2026
Jabatan Pertanian Sabah telah mengadakan Majlis Apresiasi Perkhidmatan Awam (MAPA) tahun 2026 bertempat di Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.
Seramai 66 orang penerima yang telah berjaya memperolehi Anugerah atas dedikasi yang tinggi. Selain itu, majlis turut memberikan pengiktirafan sebanyak 12 kategori Anugerah Kualiti dan Inovasi,serta 1 Anugerah Kemahiran Khas diberikan sebagai tanda penghargaan tertinggi terhadap kepakaran khusus yang menjadi aset penting Jabatan.
Fokus utama Jabatan kini adalah memperkasakan imej penjawat awam menerusi penyampaian perkhidmatan berkualiti tinggi yang bermula daripada fasa Pembangunan industri tanaman sehinggalah kepada khidmat sokongan pelanggan yang lebih efisien.
Majlis ini turut meraikan 45 pesara dan bakal pesara sebagai tanda penghargaan atas jasa bakti mereka. Syabas kepada semua penerima Anugerah dan terima kasih yang tidak terhingga atas khidmat setia sepanjang perkhidmatan.
Syabas dan tahniah diucapkan.
“SABAH MAJU JAYA”








