Home Aktiviti Semasa
0 comment
0 FacebookTwitterPinterestEmail

Majlis Amanat Pengarah Pertanian Sabah 2025

by Jabatan Pertanian Sabah

Majlis Amanat Pengarah Pertanian Sabah 2025

Majlis Amanat Pengarah Pertanian Sabah bagi tahun 2025 telah diadakan di Ibis Styles Kota Kinabalu, Inanam dengan membawa tema baharu iaitu “Shaping Agricultural Development Amid Future Challenges” pada 04hb Februari 2025.
 
“SABAH MAJU JAYA”
0 comment
0 FacebookTwitterPinterestEmail
Bengkel Penyediaan Program RMK13

Bengkel Penyediaan Program RMK13 Tahun 2025

by Jabatan Pertanian Sabah

Bengkel Penyediaan Program RMK13

Bengkel Penyediaan Program RMK13 telah diadakan di Pusat Latihan Pertanian, Kota Belud bermula dari 24hb hingga 26hb Januari 2025. Peserta bengkel terdiri daripada ketua-ketua seksyen dari kesemua seksyen dan diketuai oleh Pengarah serta Timbalan-timbalan Pengarah bagi bahagian masing-masing. 
0 comment
0 FacebookTwitterPinterestEmail
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Sawah Satelit Benih Padi Sah

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Sawah Satelit Benih Padi Sah

by Jabatan Pertanian Sabah

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Sawah Satelit Benih Padi Sah

 
Majlis ini diadakan di Hotel Hilton Kota Kinabalu dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Peto Galim, Pembantu Menteri II Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industi Makanan Sabah bagi mewakili Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah.
 
Memorandum Persefahaman ini melibatkan 374 orang pengusaha tanaman padi dari 13 buah kampung iaitu:
i. Kampung Rampazan, Kopimpinan dan Novoung di daerah Papar;
ii. Kampung Kalibatang Baru di daerah Tenom;
iii. Kg. Kuangoh, Bingkor Baru, Bingkor Lama dan Lambanga di daerah Keningau; serta
iv. Kampung Piasau, Tambulion, Labuan, Kotabungan dan Tanjung Batu di daerah Kota Belud.
 
Pelaksanaan program ini melibatkan tiga buah Pusat Pengeluaran Benih Padi Jabatan Pertanian dengan jumlah kapasiti 4,500 tan iaitu, Pusat Pengeluaran Benih Padi Kimanis, Papar, Pusat Pengeluaran Benih Padi dan Tanaman Kontan, Tenom dan Pusat Pengeluaran Benih Padi, Timbang Menggaris, Kota Belud dengan penyelarasan Seksyen Pengeluaran dan Pengagihan Bahan Tanaman, Bahagian Pengembangan dan Pembangunan Industri Tanaman.
 
𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗝𝗨 𝗝𝗔𝗬𝗔
0 comment
0 FacebookTwitterPinterestEmail

Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Coffee House Dan Cafe Coffeelive Sepulut, Nabawan

by Jabatan Pertanian Sabah

MAJLIS PECAH TANAH PROJEK PEMBINAAN COFFEE HOUSE DAN CAFE COFFEELIVE SEPULUT, NABAWAN

Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap Ahli Parlimen P.182 Pensiangan di Stesen Pertanian Sepulut, Nabawan.
Majlis Pecah Tanah pada hari ini diadakan bagi menandakan permulaan rasmi Projek Pembinaan Coffee House dan Café Coffeelive. Projek Pembinaan Coffee House adalah bertujuan untuk memberi kemudahan pemprosesan hiliran bagi hasil tanaman kopi yang dikeluarkan oleh pengusaha di daerah Nabawan dan daerah berhampiran iaitu Sook. Dijangkakan Coffee House ini, akan menerima sebanyak 248 tan hasil tanaman kopi setahun iaitu 90 tan dari daerah Nabawan yang berkeluasan 149 hektar, dan 158 tan dari daerah Sook yang berkeluasan 192.6 hektar. Untuk memastikan sumber bekalan air tersedia bagi kegunaan Coffee House dan Café Coffeelive serta Coffee Garden, Bekalan Air Graviti Bersih Teknologi Hijau berkapasiti 18,000 liter, telah dibina lebih awal. Kos keseluruhan Projek Pembinaan Coffee House dan Café Coffeelive termasuk Projek Bekalan Air Graviti Bersih Teknologi Hijau dan kelengkapan mesin pemprosesan adalah berjumlah RM 2.24 juta. Peruntukan bagi membiayai projek ini disalurkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di bawah Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan Tahun 2024: Mengoptimum Penggunaan Tanah dengan Kerjasama Kerajaan Negeri.
Pelaksanaan projek ini akan dapat mengangkat produk kopi sebagai signature product daerah dan negeri Sabah, menambah nilai produk daripada kopi melalui aktiviti pemprosesan, mengelak lambakan buah kopi segar, membangun sosioekonomi pertanian di daerah pengeluar kopi tanah rendah dan menyokong Pembangunan Agropelancongan. Syabas dan tahniah.
 
𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗝𝗨 𝗝𝗔𝗬𝗔
0 comment
0 FacebookTwitterPinterestEmail

Majlis Konvokesyen Institut Pertanian Sabah IPS Kali Ke-52 Tahun 2024

by Jabatan Pertanian Sabah

MAJLIS KONVOKESYEN INSTITUT PERTANIAN SABAH (IPS) KALI KE-52 TAHUN 2024

Majlis Konvokesyen Institut Pertanian Sabah (IPS) kali ke-52 bertempat di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara telah disempurnakan oleh YB Datuk Peto Galim, Pembantu Menteri II Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah bagi mewakili Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr.Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian,Perikanan dan Industri Makanan Sabah. Pada kali ini, seramai 106 orang graduan kumpulan ke-27 telah berjaya menamatkan dan mendapat sijil pertanian selepas 2 tahun tempoh pengajian.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua graduan.

0 comment
0 FacebookTwitterPinterestEmail
Newer Posts
Older Posts

Facebook Fanpage Rasmi

Hubungi Kami

Jumlah Pelawat

778592

Kali Terakhir Dikemas Kini : 19/02/2026 12:05 PM


BORANG MAKLUM BALAS PENGGUNA

Maklumbalas Penilaian Laman Web

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Pertanian Sabah 2007 – 2025

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hak Cipta | Soalan Lazim

 

 

Paparan Terbaik: Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Google Chrome dan Mozilla Firefox 4.0 dengan resolusi 1280 x 768 dan ke atas. 

Jabatan Pertanian Sabah
// Put this code snippet inside script tag