Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran
Pusat Penyelidikan Pertanian ini ditubuhkan pada 1963 yang terletak di daerah Tuaran (6o 10’ N, 116o 15’ E), kira-kira 35 km ke arah Timur Laut dari Kota Kinabalu dan meliputi kawasan seluas 56 hektar di dataran banjir sungai Tuaran. Pusat ini melaksanakan penyelidikan dan pembangunan inovasi dalam tanaman sayur-sayuran, padi, buah-buahan temperat, pengurusan penyakit dan perosak tanaman, makmal kimia serta pemprosesan hiliran dan lepas tuai.
Selari dengan usaha untuk meningkatkan pengeluaran beras di negeri ini, penyelidikan ke atas tanaman padi lebih tertumpu kepada padi sawah dan padi tanah kering. Penyelidikan dan pembangunan tanaman makanan dan padi sentiasa dipertingkat dan diperbanyakkan bagi menampung keperluan sumber tanaman makanan domestik. Pembangunan penyelidikan tanaman sayur-sayuran menumpukan kepada pembangunan amalan agronomi tanaman makanan tanah tinggi dan sumber gantian import yang berpotensi serta sesuai ditanam pada iklim tempatan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap sayuran import. Selain itu, kajian-kajian penyelidikan juga menumpukan pada strategi pengurusan pengawalan perosak dan penyakit yang berkesan.
Pusat ini juga melaksanakan program-program penyelidikan dan perkhidmatan sokongan teknikal seperti penyiasatan dan pengurusan serangan penyakit dan perosak tanaman (unit patologi tumbuhan, unit entomologi, dan unit pengurusan perosak), pembekalan bahan tanaman untuk tanaman terpilih, pemeriksaan di lapangan tentang jenis dan kesesuaian tanah, analisis kimia pertanian dan teknologi makanan.
Halatuju
a. Mengumpul dan memulihara janaplasma padi, sayuran dan buah-buahan temperal;
b. Membangun varieti dan teknologi pertanian;
c. Menghasilkan/mengeluarkan benih asas dan bahan tanaman;
d. Melaksanakan khidmat analisa kimia pertanian;
e. Melaksanakan khidmat pengenalpastian penyakit dan perosak tanaman
f. Melaksanakan khidmat nasihat kepakaran teknikal;
g. Menerbitkan penulisan/bahan rujukan teknikal
Sasaran Program Penyelidikan Tahun 2022
a. Mengeluarkan benih padi asas (20 tan), tanaman bijian (20kb) dan benih sayur-sayuran;
b. Melaksanakan survei perosak dan penyakit tanaman utama di seluruh Negeri Sabah;
c. Memberi perkhidmatan analisa kimia pertanian bagi program-program penyelidikan dan pembangunan Jabatan Pertanian Sabah;
d. Mendapatkan pensijilan Makmal Residue Racun PErosak di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM)-MS ISO/IEC 17025: 2017;
e. Melancarkan satu (1) varieti padi baharu
CARA MENDAPATKAN PERKHIDMATAN
Permohonan bertulis hendaklah dikemukakan ke alamat seperti berikut melalui Ketua Penolong Pengarah(Penyelidikan) / Pegawai Penguasa, Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran.
ALAMAT
Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran,
Peti Surat No. 3,
89207 Tuaran, Sabah
TELEFON
088-788373/ 788590 (Ext. 210)/ 787734
FAX
088-788548
E-mel
Alinah.Rahman@sabah.gov.my