Majlis Pelancaran Aplikasi AgroBiz Sabah dan myTPS
Majlis Pelancaran Aplikasi AgroBiz Sabah dan myTPS yang berlangsung pada 11 Jun 2024 di Hotel Putatan telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pertanian Sabah, Tuan Jifrin Mohamad.
Β
Program Kebangkitan Semangat Benih atau Seed Spirit Revival (SSR) dalam bahasa dusun “Monoguli Sunduan Linsou” dan “Manampasi Sunduvan Hinsou” dalam bahasa Kadazan merupakan program yang diperkenalkan oleh Jawatan Kuasa Induk Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah. Program yang di anjurkan setiap tahun bermula 2021 ini sekali lagi telah memberi kepercayaan kepada Jabatan Pertanian Sabah untuk menganjurkan program Seed Spirit Revival (SSR) dengan kolaborasi bersama Pusat Biodiversiti Sabah (SaBC) yang juga bersempena dengan sambutan International Day for Biological Biodiversity pada 22 Mei 2024 bertempat di Dewan Hongkod Koisaan KDCA, Penampang.
Program ini dianjurkan untuk mengenalpasti, mengumpul benih-benih atau bahan tanaman indeginous species yang semakin terancam sama ada tanaman makanan atau ubat-ubatan tradisional agar dapat dipulihara kembali. Pihak penganjur juga mengalu-alukan kehadiran seramai 21 orang delegasi Borneo Indigenous People daripada Kalimantan, Indonesia yang kebetulannya berada di Sabah bagi menghadiri persidangan Pembangunan Orang Asal Borneo 2024 di UMS pada 23-24 Mei 2024.
Majlis pelancaran Program Seed Spirit Revival telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri 1, merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah.
Jabatan Pertanian Sabah hari ini telah mengadakan Majlis Apresiasi Perkhidmatan Awam (MAPA) tahun 2024 bertempat di Grand Ballroom,ITCC Penampang. Majlis telah disempurnakan oleh Datuk Zainudin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.
Sambutan Majlis Apresiasi Perkhidmatan Awam ini diadakan setiap tahun dengan tujuan untuk menghargai dan memberi pengiktirafan kepada warga Jabatan yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang melalui Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan kumpulan kerja yang berjaya mengurus serta menghasilkan kerja berkualiti dan berinovasi yang mengangkat prestasi Jabatan. Tidak dilupakan juga, Jabatan turut memberi penghargaan kepada Pekerja Sambilan Harian yang memiliki kemahiran khas.
Majlis ini juga menyaksikan pelancaran Pelan AntiRasuah Jabatan Pertanian Sabah (2023-2026).
Pada kali ini seramai 37 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun penilaian 2023, 5 orang penerima Anugerah Kemahiran Khas, dan 66 orang pesara dan bakal pesara bagi tahun 2024.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Jifrin Hj. Mohamad, Pengarah Pertanian Sabah.
Turut hadir menyaksikan program penuaian ini ialah Penolong Pegawai Daerah (Bahagian Pembangunan) Pejabat Daerah Keningau mewakili Pegawai Daerah, Pegawai daripada Lembaga Pertubuhan Peladang, Pegawai daripada Bernas dan peserta-peserta Skim Benih Padi Sah Kampung Lambanga Keningau.
Tujuan Skim ini adalah untuk mengeluarkan benih padi tulen bagi kegunaan para petani yang mengusahakan penanaman padi di negeri Sabah.
Kampung Lambanga telah menjadi Skim Benih Padi Sah Jabatan bermula Tahun 2024 dengan keluasan 38.45 hektar (3 blok) dan disertai oleh 38 orang peserta. Peserta telah diberi bantuan baja, racun serta bayaran pembelian padi yang dituai mengikut berat dengsn kadar RM1,500 / MT.
Skim ini mula ditanam pada 18 Disember 2023 secara berperingkat.
Seminar Kecergasan Dwitahunan Jabatan Pertanian Sabah Kali Ke-12 Tahun 2024 diadakan pada 22 – 25 Februari 2024. Majlis Penutupan disempurnakan oleh Ybhg Tuan Jifrin Hj. Mohamad, Pengarah Pertanian Sabah di Dewan KDCA, Penampang. Majlis diserikan lagi dengan persembahan tarian oleh setiap Zon dan acara cabutan tiket bertuah.Β
Program Penanaman Kelapa Tacunan di Stesen Kelapa Menumbok telah dilancarkan oleh Pengarah Pertanian Sabah Tuan Jifrin Hj. Mohamad dan turut ditemani oleh Timbalan Pengarah Pertanian (Bahagian Pengembangan dan Pembangunan Industri Tanaman) pada 29 Januari 2024.
Β
Majlis Pelancaran Penanaman Padi Luar Musim Menggunakan Benih Padi High Yielding Variety TR8 Daerah Tambunan Tahun 2024 pada 5 Februari 2024.
Malam Pertanian Jabatan Pertanian Sabah 2023 telah dijayakan oleh Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan pada 15 Disember 2023 di Hotel Magellan Sutera Resort.
Majlis Konvokesyen Institut Pertanian Sabah Ke-51 dan Pusat Latihan Vokasional Pertanian Lahad Datu Ke-39 Tahun 2023 yang disempurnakan oleh YB Datuk Hendrus Anding, Pembantu Menteri I mewakili YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah pada 21 November 2023 bertempat di Raia Hotel, Kota Kinabalu.
Hakcipta Terpelihara Β© Jabatan Pertanian Sabah 2007 – 2025
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hak Cipta | Soalan Lazim
Β
Β
Paparan Terbaik: Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Google Chrome dan Mozilla Firefox 4.0 dengan resolusi 1280 x 768 dan ke atas.Β