myGap

by Jabatan Pertanian Sabah
Pengenalan
Carta Aliran Kelulusan Pensjilan myGap
Senarai Penerima Sijil myGAP (Negeri Sabah)

Skim Pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP)

  1. Pengenalan

Satu sistem pengurusan sumber di dalam pengeluaran pertanian secara baik dan lestari. Sistem ini dapat meningkatkan produktiviti ladang serta menghasilkan makanan yang selamat dan berkualiti dengan mengambilkira kebajikan, keselamatan dan kesihatan pekerja serta memelihara alam sekitar.

Satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian pada tahun 2002 untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan APB berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan. myGAP merupakan penjenamaan semula bagi menggantikan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM). Skim ini dibangun berpandukan Malaysian Standard MS 1784:2005 Crop Commodities – Good Agricultural Practice (GAP).

  1. Objektif
  2. Sebagai satu alat bantuan dalam Sistem Pengembangan Tekno Pertanian (SPTP)

            Jabatan Pertanian.

  1. Menjadi amalan pengusaha di dalam menjalankan aktiviti di ladang supaya menghasilkan keluaran segar yang lebih berkualiti dan selamat untuk dimakan.
  2. Kelebihan
  3. Menghasilkan produk-produk pertanian yang berkualiti dan selamat dimakan.
  4. Produktiviti pengeluaran meningkat.

iii.        Keselamatan serta kebajikan pekerja ladang terjamin.

  1. Hasil pertanian mudah dikenali dan dapat bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa.
  2. Memelihara alam sekitar.
  3. Penggunaan racun makhluk perosak yang betul dan terkawal.
  4. Kriteria Permohonan
  5. a) Kategori pemohon adalah seperti berikut:
  6. Persendirian
  7. Syarikat Swasta

iii.        Agensi/Badan Berkanun

  1. b) Pemohon hendaklah memastikan:
  2. Tanah yang diusahakan sah di sisi undang-undang
  3. Ladang telah mula bertanam dan mengeluarkan hasil

iii.        Hasil yang dikeluarkan adalah bertujuan untuk jualan domestik atau eksport

  1. Prosedur Permohonan
  2. a)         Permohonan myGAP hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan myGAP 1-1. Borang boleh didapati di :
  3. Jabatan Pertanian Negeri Sabah
  4. Pejabat Pertanian Daerah terdekat

iii.        Portal Rasmi Jabatan Pertanian Sabah

  1. b)         Borang Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Pertanian Daerah yang berdekatan. Set dokumen yang perlu dihantar adalah seperti berikut:
  2. Borang Permohonan myGAP 1-1
  3. Salinan kad pengenalan / Sijil Pendaftaran SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) yang telah disahkan

iii.        Salinan bukti pemilikan tanah seperti geran tanah, surat perjanjian sewa tanah atau Surat kebenaran mengusahakan tanah.

  1. Kadar Caj Perkhidmatan

Penyertaan skim ini adalah digalakkan dan perkhidmatan diberikan adalah secara PERCUMA.

  1. Kriteria Penilaian

            Pemohon mesti lulus ketiga-tiga perkara berikut iaitu :

  1. Pemeriksaan Tapak
  2. Analisis hasil bagi residu racun makhluk perosak, logam berat dan microbial

            iii.        Audit amalan ladang

  1. Proses Pensijilan
  2. Sila rujuk Carta Alir Pensijilan myGAP (Lampiran myGAP 14-1)
  3. Tempoh kelulusan pensijilan adalah dalam tempoh 6 hingga 24 bulan
  4. Audit
  5. a)         Pra-Audit
  6. Dijalankan bagi memastikan pengusaha mengamalkan amalan pertanian baik dan memenuhi keperluan pensijilan myGAP
  7. Pegawai pra-audit terdiri daripadaPegawai Jabatan Pertanian peringkat daerah

iii.        Pegawai Jabatan Pertanian peringkat Daerah akan mengambil sampel hasil untuk tujuan analisis residu racun makhluk perosak, logam berat dan mikrobial.

  1. b)         Audit Susulan
  2. Audit luar dijalankan bagi mengenalpasti pengusaha mengamalkan dan mematuhi amalan pertanian baik berdasarkan standard yang telah ditetapkan dan seterusnya mengesyorkan untuk dipersijilkan.
  3.         Pengauditan dilaksanakan oleh Pegawai Jabatan Pertanian (Teknikal) yang telah dilantik oleh Ketua Pengarah Pertanian.
  4. Tempoh Sahlaku

            Tempoh sahlaku pensijilan myGAP adalah selama dua (2) tahun

  1. Pemantauan

Pemantauan berkala akan dijalankan sekurang-kurangnya satu tahun sekali oleh pihak Jabatan Pertanian.

  1. Pembaharuan
  2.       Permohonan pembaharuan perlu dikemukakan dalam tempoh enam bulan sebelum tamat tarikh sah laku
  3. Pembaharuan sijil akan dikeluarkan sekiranya ladang masih mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan
  4. Pembatalan Sijil

            Pengiktirafan myGAP boleh ditarik balik atas sebab seperti berikut :

  1. Tidak memperbaharui sijil setelah tamat tempoh
  2. Jika dalam tempoh tersebut ladang itu didapati gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan

iii.        Menyalahgunakan sijil dan logo myGAP dalam apa jua cara.

  1. Senarai Penerimaan Sijil

            Senarai Penerima Sijil (Jadual di Lampiran)

  1. Pertanyaan

            Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh hubungi :

  1. Urusetia                                                                 2.         Pejabat Pertanian Daerah terdekat.

      Seksyen Pengembangan Pertanian                                   

      Peti surat 582,

      89209 Tuaran, Sabah.

      No. Tel : 088-787645

      No. Faks : 088-788135

      Nama Pegawai : James Sikah

      (Pegawai Pertanian Kanan) 

Please wait while flipbook is loading. For more related info, FAQs and issues please refer to DearFlip WordPress Flipbook Plugin Help documentation.

Facebook Fanpage Rasmi

Hubungi Kami

Jumlah Pelawat

688969

Kali Terakhir Dikemas Kini : 18/03/2024 3:12 PM


BORANG MAKLUM BALAS PENGGUNA

Maklumbalas Penilaian Laman Web

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Pertanian Sabah 2007 – 2024

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hak Cipta | Soalan Lazim

 

 

Paparan Terbaik: Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Google Chrome dan Mozilla Firefox 4.0 dengan resolusi 1280 x 768 dan ke atas. 

Jabatan Pertanian Sabah
// Put this code snippet inside script tag