Seksyen Kejuruteraan Pertanian
Pengenalan
Matlamat
Perkhidmatan
Hubungi Kami
Pengenalan

Seksyen Kejuruteraan Pertanian telah diwujudkan sebagai peneraju yang bertanggungjawab memperkenalkan dan menyebarluas teknologi mekanisasi dalam pengeluaran tanaman pertanian di Negeri Sabah khususnya tanaman padi seterusnya meningkatkan tahap pengeluaran makanan.  Pewujudan ini selaras dengan usaha/dasar kerajaan dalam meningkatkan tahap pengeluaran makanan melalui transformasi sistem pengeluaran tanaman pertanian. 

 

Matlamat

Memperkenalkan / mempromosikan teknologi amalan penjimatan tenaga buruh kepada kumpulan sasar untuk meningkatkan produktiviti buruh dan menyokong usaha meningkatkan pengeluaran makanan.

 

Perkhidmatan

Perataan tanah sawah dilaksanakan bertujuan mewujudkan tanah sawah yang rata bagi menyokong teknologi peningkatan hasil yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian Sabah.


Matlamat

  • Untuk mempromosikan teknologi perataan tanah sawah;
  • Untuk meningkatkan kecekapan pengurusan pengawalan air tanah sawah;
  • Untuk mewujudkan petak sawah rata yang lebih luas;
  • Untuk menyediakan tanah sawah rata bagi pengamalan lebih berkesan pakej peningkatan hasil dan mekanisasi pengeluaran padi.

Perkhidmatan Yang Diberikan

  • Menyediakan tanah sawah yang rata (purata paras adalah +5 sm) dan plot yang lebih besar dengan bantuan pihak kontraktor swasta.
  • Membina parit/saliran yang lebih teratur.
  • Membina kotak kawalan air (1 unit/ geran).
  • Khidmat nasihat teknikal.

Cara Mendapatkan Perkhidmatan

Seksyen Kejenteraan Pertanian akan mencadangkan projek di mana-mana daerah yang sesuai seterusnya Pegawai Pertanian Daerah akan menyediakan kertas cadangan atau mengemukakan maklumat yang diperlukan untuk pelaksanaan projek. Seksyen ini akan membuat pemeriksaan kesesuaian dan meluluskan pelaksanaan projek.

Projek Demonstrasi Pengeluaran Padi Secara Berjentera dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Sabah ke arah amalan penjimatan tenaga buruh yang dipromosikan untuk tanaman padi. Ini merangkumi aktiviti intensif buruh seperti penyediaan tanah sawah, penanaman dan penuaian padi secara berjentera.


Matlamat

  • Untuk memperkenal dan menyebarluas teknologi penjimatan tenaga buruh/amalan mekanisasi pengeluaran padi bagi aktiviti yang intensif buruh.
  • Untuk meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga buruh dalam melaksanakan aktiviti ladang seperti pengawalan rumpai, perosak dan penyakit dalam pengeluaran padi.

Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Penyediaan tanah, penanaman dan penuaian padi secara berjentera.
  • Penyeliaan secara berjadual.
  • Persampelan siasatan hasil tuaian padi.
  • Pemberian nasihat / teknikal.

Cara Mendapatkan Perkhidmatan

Melalui Pejabat Pertanian Daerah berdekatan yang akan memastikan:-

  • Pemilihan petak demonstrasi oleh pihak Pejabat Pertanian Daerah dengan persetujuan pengusaha padi/pemilik tapak;
  • Pihak Seksyen Kejuruteraan Pertanian akan membuat pemeriksaan bersama untuk mempastikan kesesuaian petak tersebut;
  • Penyediaan Kertas Cadangan oleh Pejabat Pertanian Daerah;
  • Pemeriksaan tapak oleh Pejabat Pertanian Daerah dan Seksyen Kejuruteraan Pertanian;
  • Penganjuran kursus latihan;
  • Pelaksanaan demonstrasi oleh Seksyen Kejuruteraan Pertanian
  • Pengurusan tanaman oleh petani; dan
  • Pemantauan projek oleh Pejabat Pertanian Daerah.

Terdapat empat (4) latihan/kursus/taklimat dianjurkan setiap tahun yang melibatkan 100 orang pegawai/kakitangan dan petani di seluruh negeri Sabah yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan projek Jabatan (Mekanisasi).  Antara kursus yang dianjurkan adalah Kursus Penanaman Padi Berjentera untuk pegawai/kakitangan/petani, Kursus Asas Penggunaan Alat GPS dan Kursus Perataan Tanah Sawah.


Matlamat

  • Untuk meningkatkan kemahiran pegawai dan kakitangan dalam bidang mekanisasi dan pertanian
  • Untuk meningkatkan kemahiran petani/pengusaha dalam pengendalian dan penyelenggaraan jentera-jentera pertanian dalam bidang padi
  • Untuk melahirkan modal insan yang berkebolehan dalam bidang mekanisasi terutama dalam bidang pertanian

Perkhidmatan/Kemudahan Yang Disediakan

  • Tenaga-tenaga Pengajar yang Kompeten
  • Kemudahan Bilik Kuliah dan Asrama
  • Kemudahan Latihan Seperti Tapak Sawah untuk Latihan Praktikal

Cara Mendapatkan Perkhidmatan

Semua permohonan perlu dikemukakan melalui Pejabat Pertanian Daerah.

Seksyen Kejuruteraan Pertanian akan mengeluarkan pelawaan kursus kepada Pegawai Pertanian/ Pegawai Penguasa Pertanian Daerah. Seterusnya, pihak daerah akan mengemukakan senarai pemohon kepada Seksyen Kejuruteraan Pertanian

  • Pemilihan petani layak.
  • Pemilihan kawasan yang memenuhi syarat.
  • Pelaksanaan projek oleh petani.
  • Pemantauan oleh Pejabat Pertanian Daerah dan Seksyen Kejuruteraan Pertanian

 

Hubungi Kami

Untuk keterangan lanjut mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan, sila hubungi Penolong Pengarah Pertanian (Seksyen Kejuruteraan Pertanian) di :

 

Seksyen Kejuruteraan Pertanian,

Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Sabah,

Aras 7, Wisma Pertanian Sabah.

Telefon:   088-283288

Faks:   088-239046

menu
menu
Scroll Up
WP Feedback

Dive straight into the feedback!
Login below and you can start commenting using your own user instantly