Seksyen Pembangunan Tanaman Padi merupakan salah satu seksyen di bawah Bahagian Pengembangan dan Pembangunan, Jabatan Pertanian Sabah. Seksyen ini diketuai oleh seorang Penolong Pengarah Pertanian dan dibantu oleh seorang Pegawai Pertanian, seorang Penolong Pegawai Pertanian Kanan dan seorang kakitangan sokongan.
Seksyen ini berfungsi untuk merancang, melaksana dan menyelaras program pemberian subsidi pembajakan sawah, projek-projek pemulihan tanah sawah terbiar, penyelarasan dan pemantauan padi bukit serta program-program ad hoc Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan (MoA).
- Menggalakkan penanaman sawah padi di kawasan fizikal sawah seluas 35,601 hektar setiap tahun di Negeri Sabah.
- Memastikan bahawa pesawah yang layak, menerima subsidi pembajakan sawah padi mengikut Polisi dan Prosedur Pelaksanaan Subsidi Tanaman Padi.
- Menggalakan pemulihan semula kawasan tanah sawah terbiar supaya menjadi produktif secara berterusan.
- Menggalakkan Amalan Pertanian Baik (APB) kepada para pesawah.
BANTUAN / PERKHIDMATAN | ||
Subsidi Pembajakan Sawah Padi | Pemulihan Tanah Sawah Terbiar | Khidmat Nasihat / Kepakaran Teknikal |
RM 494.00 / hektar @ RM 200.00 / ekar | Pembukaan tanah sawah | Memberi perkhidmatan kepakaran dan nasihat kepada para petani berkaitan industri penanaman padi |
Pembajakan sawah dan penanaman | ||
Tiada had keluasan | Pemberiaan benih padi HYV | |
Pemberiaan Input Pertanian | ||
Mesti berdaftar dengan Jabatan Pertanian Sabah | Bimbingan latihan dan kursus |
Cara Mendapatkan Perkhidmatan
En. Jasnih Bin Jali
Penolong Pengarah Pertanian
Seksyen Pembangunan Tanaman Padi
Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian Sabah
Aras 7, Wisma Pertanian Sabah
Kota Kinabalu, Sabah
No Tel : 088-283 231
No Faks : 088-283 231
Email : Jasnih.Jali@sabah.gov.my
Dive straight into the feedback!Login below and you can start commenting using your own user instantly