Pusat Penyelidikan Pertanian Lagud Sebrang Tenom
a. Melaksanakan penyelidikan program penyelidikan dan pembangunan inovasi terhadap tanaman buah-buahan, tanaman minuman, tanaman makanan tanah pamah, tanaman herba dan ubat-ubatan serta lebah madu;
b. Melaksanakan penyelidikan dari aspek pengurusan dan pemeliharaan komersial serta membuat koleksi spesis-spesis lebah madu dan kelulut
a. Meningkatkan aktiviti penyelidikan untuk menghasilkan pakej teknologi baharu terhadap tanaman buah-buahan, tanaman minuman, tanaman makanan tanah pamah, tanaman herba dan ubat-ubatan serta apikultur;
b. Mengeluarkan bahan tanaman asas yang bermutu bagi tanaman terpilih mengikut SOP yang ditetapkan;
c. Memulihara dan meningkatkan jumlah pengumpulan lokasi koleksi janaplasma tanaman buah-buahan, tanaman minuman, tanaman makanan tanah pamah, tanaman herba dan ubat-ubatan yang berpotensi untuk dibangunkan;
d. Menghasilkan penulisan teknikal berkualiti berkaitan hasil-hasil penyelidikan dan inovasi;
e. Mengadaptasi teknologi dan inovasi pertanian terkini dan relevan dalam program penyelidikan yang dilaksanakan
Sasaran Program Penyelidikan Tahun 2022
a. Melaksanakan program penyelidikan dari asoek agronomi, pembikana dan pemprosesan serta pengumpulan koleksi janaplasma bagi tanaman buah-buahan, tanaman minuman, tanaman makanan tanah pamah, tanaman herba dan ubat-ubatan;
b. Meningkatkan aktiviti penyelidikan berkaitan lebah madu dan kelulut;
c. Membangunkan semula Pusat Lebah (Muzium Lebah) sebagai sumber rujukan dan pembelajaran kepada orang awam tentang pemuliharaan lebah dan kelulut serta kegunaannya sebagai agen pendebungaan tanaman pertanian;
d. Mengeluarkan bahan tanaman asas terpilih yang bermutu;
Tanaman Buah-Buah/Hortikultur
- Biji benih betik Eksotika Malaysia (3kg) dan betik Sekaki (3kg)
- Buah-buahan terpilih (300 pokok) dan durian cantum pelbagai klon (200 pokok)
Tanaman Makanan Tanah Pamah
- Biji benih Jagung Unggu (50kg), Kacang Tanah pelbagai varieti (30kg) dan sayuran terpilih (3kg)
Tanaman Minuman
- Biji kopi pelbagai varieti (300kg), dan
- Keratan kopi pelbagai varieti (1,000 keratan)
e. Menghasilkan penulisan kertas teknikal yang berkaitan dengan program penyelidikan yang dijalankan
Memohon secara rasmi kepada Pengarah Pertanian Sabah atau kepada Pegawai Pertanian Daerah berdekatan bagi permohonan bahan tanaman seperti di atas. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Ketua Penolong Pengarah Penyelidik di alamat berikut:
Alamat :
Pusat Penyelidikan Pertanian Lagud Sebrang, Peti Surat No. 197, 89908 TENOM
No. Telefon :
087-737951 / 735661 / 737568
Faks :
087-737570
E-mel :
Jabi.Tananak@sabah.gov.my