Seksyen Pembangunan Usahawan & Industri Makanan
Seksyen Pembangunan Usahawan & Industri Makanan berperanan dalam merancang dan menentukan hala tuju Program Industri Asas Tani dan Usahawan Pertanian. Fokus Seksyen adalah untuk melaksanakan program pelbagaian dan menambah nilai produk daripada tanaman makanan, memperkasa usahawan dan meningkatkan kualiti produk untuk pasaran domestik dan eksport.
a. Melatih kumpulan sasar dalam bidang teknologi pemprosesan dan pengeluran makanan dan kraftani serta perniagaan;
b. Mempelbagaikan produk hiliran daripada tanaman makanan melalui kegiatan pemprosesan untuk meningkatkan nilai produk pertanian;
c. Meningkatkan isipadu perniagaan usahawan hiliran dan usahawan huluan melalui program pembangunan usahawan industri makanan dan usahawan pertanian;
d. Membangun dan menambah bilangan usahawan yang berpotensi dan terlibat dalam bidang usaha pengeluaran produk pertanian dan industri hiliran melalui pelaksanaan Program Pembangunan Usahawan Industri Makanan dan Asas Tani serta Program Agropreneur Muda;
e. Menyelaras premis usahawan untuk Skim Pensijilan yang berkaitan;
f. Memberi khidmat penerangan berkaitan pengawalan kualiti, peningkatan persembahan dan membuat promosi produk;
g. Mengenalpasti pengusaha pertanian untuk dibangunkan sebagai Petani Contoh, Pengusaha Cemerlang dan Usahawan Tani serta pemilihan bagi pengiktirafan Usahawan Pertanian dan Usahawan Industri Makanan
Objektif utama Projek Pembangunan Usahawan Industri Makanan ialah bagi mempelbagaikan aktiviti menerusi kegiatan pemprosesan nilai ditambah hasil pertanian bagi meningkatkan pendapatan usahawan dan pengusaha industri makanan dengan mengoptimakan penggunaan sumber-sumber sedia ada melalui pengurusan rantaian bekalan yang cekap
Objektif utama Projek Pembangunan Usahawan Pertanian adalah memberi bimbingan dalam bentuk kursus singkat keusahawanan kepada pengusaha pertanian yang berpotensi; memilih pengusaha pertanian yang berpotensi untuk pengiktirafan sebagai Petani Contoh, Pengusaha Cemerlang dan Usahawan Tani
Sasaran Projek Pembangunan Usahawan Dan Industri Makanan Tahun 2022
1. Program Pembangunan Pembungkusan Produk Industri Makanan Berjenama BessBah
2. Program Pembangunan Usahawan Dan Produk Industri Makanan
3. Program Latihan Industri Makanan
4. Program Pengiktirafan Usahawan
5. Program Penubuhan Kumpulan Industri Makanan Dan Kumpulan Industri Asas Tani
6. Program Pemantauan Projek Usahawan Industri Makanan, Usahawan Pertanian Dan Program Azam Tani (Projek Pemprosesan Makanan)
7. Pembinaan Bangunan Unit Latihan Pemprosesan Hiliran Tanaman
Peta |
Alamat |
Seksyen Pembangunan Usahawan & Industri Makanan Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Sabah Aras 7, Wisma Pertanian Sabah, Jalan Tasik (Off Jalan Maktab Gaya) Luyang,Beg Berkunci No. 2050, 88632 Kota Kinabalu, Sabah |
Maklumat Perhubungan Lain |
Tel : 088-283266 Faks : 088-283266 E-mel : Janet.Asing@sabah.gov.my |