Seksyen Taman Kekal Pengeluaran Makanan
Melibatkan pelaksanaan projek-projek pengeluaran komersil bagi buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman kontan. Peserta projek merangkumi belia, usahawan tani serta syarikat swasta. Peruntukan pembangunan melibatkan bantuan pembersihan dan penyediaan kawasan, pembinaan infrastruktur asas seperti sistem pengairan dan perparitan, jalan ladang, bekalan elektrik, stor ladang, kemudahan aktiviti pasca tuai (peralatan pengredan, pembungkusan dan bilik suhu). Fasa pembangunan adalah untuk tempoh di antara satu hingga lima tahun pertama.
Mewujudkan zon pengeluaran tanaman makanan kekal yang melibatkan penyertaan usahawan dan swasta untuk meningkatkan pengeluaran tanaman makanan yang selamat dan berkualiti
Dalam RMK-12 (2021 – 2025) lima (5) kawasan seluas 640 hektar di daerah Papar, Kuala Penyu, Keningau, Kinabatangan dan Kudat telah dikenalpasti akan dibangunkan sebagai lokasi TKPM / Mini TKPM baharu.
Strategi Pelaksanaan dan Pengeluaran Program TKPM
Pembangunan yang berasaskan pendekatan pengezonan.
Berdasarkan ‘Market driven’
Berlandaskan pembangunan kluster industri tanaman makanan
Mewujudkan rantaian makanan (From Farm to Table) dalam pembangunan kluster industri tanaman makanan
Perladangan berskala besar dan komersil
Pengelibatan pihak swasta
Penggunaan teknologi perladangan moden dan terkini
Amalan pertanian baik (Persijilan myGAP dan myorganik)
Perkhidmatan yang Disediakan
- Menyediakan lot tanaman yang dilengkapi dengan infrastruktur asas untuk tujuan melaksanakan bidangusaha yang dipersetujui bersama antara peserta dengan Jabatan Pertanian;
- Khidmat nasihat Agronomi dan Pengurusan Ladang;
- Bimbingan kepada peserta kearah pensijilan ladang (myGAP dan myOrganik);
- Peluang pemasaran hasil ladang melalui konsep ladang kontrak dengan agensi atau syarikat Anchor yang berkaitan;
- Peluang menambah pendapatan antara RM3,000 hingga RM5,000 sebulan melalui bidangusaha tanaman makanan secara komersil.
Cara Mendapatkan Perkhidmatan
- Memohon sebagai peserta – Melengkapkan borang permohonan Projek TKPM dengan merujuk kepada pelawaan pengambilan peserta melalui iklan. Proses pengambilan selanjutnya diatur oleh Jabatan Pertanian Sabah;
- Menandatangani Surat Perjanjian sebagai peserta projek.
Syarat-Syarat Penyertaan
Pemilihan peserta dijalankan oleh Jabatan Pertanian Sabah.
Kriteria Utama Pemilihan Peserta:
Warga Negara Malaysia. Berumur 18 tahun keatas, pemohon yang berumur dibawah 40 tahun adalah diberi keutamaan;
Calon pesert berpengalaman dan terlatih (Calon siswazah diutamakan);
Mempunyai modal dan credit standing yang baik;
Wajib mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.
Peta |
Alamat |
Seksyen Taman Kekal Pengeluaran Makanan Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Sabah Aras 7, Wisma Pertanian Sabah, Jalan Tasik (Off Jalan Maktab Gaya) Luyang,Beg Berkunci No. 2050, 88632 Kota Kinabalu, Sabah |
Maklumat Perhubungan Lain |
Tel : 088-283212 / 227 Faks : 088-283212 E-mel : Jamaludin.Lani@sabah.gov.my |